jemarimommy.blogspot.com

Monday 17 July 2017

Resepi Mihun Hailam Express

Weekend lepas merupakan kali pertama mommy masak secara solo untuk menjamu kawan yang datang ke rumah untuk beraya. Kawan yang datang hanya seorang tetapi darah gemuruh nak menerima dan menjamu tetamu dirasai sejak semalaman lagi. Sepanjang pagi mommy google kaedah masakan yang ringkas, senang disediakan dan sedap. Bab sedap ni mommy selalu kurang pasti, lebih lagi jika masakan sendiri. Tapi alhamdulilah, kawan yang merupakan tukang masak yang tegar memuji sedap dan kena pada citarasanya.

Dan mommy akhirnya bercadang untuk menyediakan mihun hailam. Tapi anda boleh je guna resepi yang sama dan tukar menjadi mee atau kuewteow mengikut citarasa sendiri. Sepanjang mommy memasak kali ni, mommy boleh simpulkan bahawa agak senang untuk menyediakan masakan ini terutama sekali buat pemasak amatur seperti mommy. Main campak-campak bahan, tunggu mendidih dan masak, akhirnya siap untuk dijamu. Mudah dan mudah-mudahan mudah untuk anda juga. Selamat mencuba!


antara bahan-bahan yang digunakan


Bahan-bahan
sepaket bihun, mee atau kuewteow
Segenggam ayam yang dipotong kecil
fishbal, fishcake
sebiji tomato dibelah empat
sawi
beberapa ulas bawang putih
1 sudu cili kering yang telah telah dimesin (jika ingin pedas)
1 kiub ayam
2 sudu besar tepung jagung yang telah dilarutkan
air secawan untuk kuah
Kicap manis
Sos tiram
Telur 
Daun sup dan cili merah untuk hiasan

nota: boleh juga masukkan daging, udang atau sotong untuk menggantikan ayam.

kuah hailam


Cara masakan
  1. Tumiskan bawang putih sehingga masak dan naik bau
  2. Masukkan cili kering yang telah siap dimesin dan tumis sehingga masak. 
  3. Masukkan ayam dan goreng sehingga masak.
  4. Masukkan air, sos tiram, kicap manis, kiub ayam dan tunggu sehingga mendidih. Sukatan untuk sos tiram dan kicap manis adalah mengikut citarasa sendiri. 
  5.  Setelah mendidih, masukkan sawi, fishball/fishcakes dan tomato serta larutan tepung jagung. 
  6. Pecahkan telur dan masukkan mihun yang telah direndam terlebih dahulu, kacau sehingga mendidih.
  7.  Taburkan daun sup dan cili merah untuk hiasan

siap untuk dihidangkan dan terus dimakan

No comments:

Post a Comment