jemarimommy.blogspot.com

Thursday 13 July 2017

BANDUNG 2017

Mommy berpeluang menjejakkan kaki di Bandung, Indonesia hanya 3 kali sepanjang mommy berumur 33 tahun ni. Kali pertama ialah semasa masih anak dara, semasa menjadi tunangan daddy yang ingin mencari barangan kahwin dan kali kedua ialah selepas mempunyai 3 anak. Jauh kan perbezaan tahun lawatan? Banyak betul perkara berubah, malah kini Bandung mempunyai pelbagai kawasan baru yang wajib untuk dijelajahi.

Percutian selama 4 hari 3 malam ini menelan hampir keseluruhan tenaga mommy kerana jadual padat yang dirangka agar kami tidak ketinggalan sebarang perkara/tempat wajib untuk dilawati. Di sini mommy kongsikan bersama jadual perjalanan 'Mari Terokai Bandung bersama Trio' agar boleh dijadikan panduan. Mommy akui mommy kekangan masa untuk berpeluang menjelajahi seluruh Bandung, jadi mommy hanya memilih sebahagian tempat lawatan mengikut cadangan rakan-rakan di TripAdvisor yang nyata tidak mengecewakan. Mommy akan kembali untuk menghabiskan tempat lawatan pada masa lain nanti.

Airasia hanya menyediakan penerbangan ke Bandung sebanyak 2 kali sehari, yakni pagi dan petang. Mommy memilih penerbangan pagi agar mempunyai lebih banyak masa berada di kota Bandung. Sila semak jadual penerbangan yang lain jika Airasia tidak mempunyai masa yang dikehendaki.  Mommy juga telah menempah perkhidmatan supir sepanjang berada di sana semenjak di Malaysia agar perjalanan yang lebih lancar.

Jadual 'Mari Terokai Bandung bersama Trio'

Hari pertama
Shopping di sekitar  factory outlet dan check in hotel di Ivory By Ayola -


Jl Cibaduyut
anda boleh mendapatkan pelbagai barangan kulit yang bermutu seperti beg kulit wanita, beg lelaki, jaket kulit, tali pingang kulit, topi cowboy kulit original dan sebagainya di Jl Cibaduyut yang merupakan pusat perusahaan barangan kulit di Bandung dan deretan kedai-kedainya antara yang terpanjang di Asia. 

Jl Cihampelas/ Cihampelas Walk
Deretan kedai yang panjang dan diberi jolokan 'Jalan Jeans' nyata tidak mengecewakan. Jualan jeans yang berkualiti dan murah, tidak sah jika pulang tanpa membuat sebarang pembelian.

Jl Dago / Jl Riau / Jl Setiabudi
Anda boleh shopping sakan di sepanjang jalan ini yang dipenuhi dengan deretan Factory Outlets yang menyajikan pelbagai barangan untuk seisi keluarga. Di antaranya Grande, Victoria, Rumah Mode, Heritage, The Summit dan bermacam lagi.

Hari Kedua
Tangkuban Perahu
Pasar Terapung Lembang
Makan tengahari di Kampung Daun
Dusun Bambu
Hobbit House
Jendela Farm
Strawberry Farm


Hari Ketiga

Pasar Baru
Shopping di Pasar Baru merupakan perkara wajib dalam trip shopping ke Bandung. Pelbagai barangan dari kain sulam, kain ela, jubah, telekong, beg, kasut, kad kahwin dan macam-macam lagi. Even mommy pon pergi ke Bandung atas tujuan untuk mencari barangan perkahwinan yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia.
Bagi mendapatkan harga yang terbaik, dinasihatkan untuk pergi pagi sejurus selepas kedai dibuka kerana berpeluang untuk membuat tawaran yang terbaik  kepada penjual atau 'pecah telur'.

Paris Van Java
Shopping mall yang mempunyai rekabentuk yang unik


Hari Keempat
Kartika Sari / Alamnda untuk membeli brownies
Lunch dan bergerak ke airport


TOKO 3

deretan jeans yang murah untuk dipilih

Factory Outlet Heritage

Factory Outlet Rumah Mode. Personal favourite untuk pembelian baju anak-anak

Factory Outlet The Secret

Jl Cihampelas yang dipenuhi patung-patung popular seperti Spiderman dan Ultraman

Cihampelas Walk. Mommy minum petang sambil menunggu anak-anak bermain di game centre
breakfast di hotel

view ke perkarangan hotel

view ke pekarangan hotel 2

hello tangkuban perahu

Hobbit House

Pasar Terapung Lembang

Add caption

Deretan kain ela untuk dipilih di Pasar Baru

Bag gred AAA

belian souvenir untuk dibawa pulang



No comments:

Post a Comment