jemarimommy.blogspot.com

Thursday 16 November 2017

MELBOURNE 2017 - SEWA KERETA KE PHILLIP ISLAND (PART 1)

Mommy da siapkan itenerari seminggu di Melbourne sejak di Malaysia lagi. Banyak kelebihan buat itenerari lebih awal berbanding secara terjah dan ikut mood bila berjalan lebih-lebih lagi bersama anak-anak kecil.

1. lebih teratur dan mudah diuruskan
2. tidak buang masa dengan tercanguk memilih destinasi (cross refer dengan waktu operasi mereka)
3. boleh suaipadan dengan ramalan cuaca walaupun kadangkala lari sedikit ramalannya
4. boleh buat anggaran kasar berapa yang perlu dibelanjakan sepanjang berada di sana

'To-Do-list' ni memang mommy selalu amalkan sejak dulu lagi dan sampai sekarang terikut-ikut amalannya.

Hari kedua agak cerah-mendung-sedikit hujan- kembali panas -mendung berserta windy sehingga ke malam. Mommy bercadang untuk ke Phillip Island dengan menyewa kereta yang sesuai untuk 6 orang. Ada banyak pilihan agensi kereta sewa di Melbourne. Cuma kena tengok apa jenis kereta yang ditawarkan, harga yang reasonable serta insurans coverage yang disertakan. Dinasihatkan agar tempahan awal dibuat secara online kerana untuk keluarga yang besar seperti mommy (total 3 dewasa dan 3 kanak-kanak), pilihan kereta agak terhad. Dan jika ada, mungkin agak mahal. Please choose wisely! 

Nota Penting : Kanak-kanak diwajibkan untuk duduk di car seat sendiri. Bukan seperti di Malaysia yang kadangkala kita yang culas (walaupon memasuki tahap harus dan wajib) untuk menyuruh anak-anak kecil duduk di carseat. Invest sedikit untuk menyewa GPS agar tidak sesat perjalanan nanti.

Ada beberapa agensi kereta sewa yang boleh dipertimbangkan yang masing-masing menawarkan pakej promosi yang menarik tertakluk kepada jenis kereta dan masa. Hertz, Europcar, Avis, Budget etc Mommy comparekan harga dan promosi yang ditawarkan melalui www.vroomvroomvroom.com.au dan mula decide kereta yang hendak digunakan. Disebabkan mommy bercadang untuk tinggal di CBD yang menawarkan free tram, maka mommy hanya menyewa kereta sehari untuk ke Phillip Island. Sebenarnya, sewa kereta adalah lebih murah jika menyewanya lebih lama. Tapi mommy malas nak fikir tentang cara u-hook turn dan mana nak parking kereta secara overnight. Lebih senang jika mommy sewa kereta dari pagi dan pulangkan lewat petang --> ini hanyalah pendapat mommy sahaja.

Setelah memilih, mommy menyewa kereta jenis Kia Carnival yang memuatkan untuk 7 orang berserta 2 carseat, 1 booster seat dan 1 GPS dari Avis dan mengambil kereta di salah satu cawangan Avis berdekatan Queen Victoria Market. Mommy ambil dari pukul 8.00 pagi dan memulangkan semula lebih kurang jam 5.00 petang sebelum office mereka ditutup. Semasa mengambil kereta, jangan lewat dari masa yang ditetapkan dan bawa sesalinan voucher yang diberikan dalam email kepada petugas.

Mommy sharekan steps mommy gunakan semasa menyewa kereta tempoh hari sebagai panduan sahaja.



1. Log in ke dalam website vroomvroomvroom. Pilih tempat pickup dan tarikh.


2. Pilih jenis kereta yang dikehendaki. Mommy pilih Kia Carnival


 3. Semakan kepada jenis kerata yang dipilih



 4. Semak jika perlukan sebarang add-ons. Mommy pilih car seat, booster seat dan GPS



 4. Pakej promosi yang ditawarkan. Jika setuju, boleh completekan booking di bahagian bawah tu.

5. Bawa sesalinan voucher (PENTING) dan claim kereta di tempat dan masa yang ditentukan.

6. Settle !

Harapnya mommy dapat membantu! Next post ke Phillip Island ok?





 

No comments:

Post a Comment