jemarimommy.blogspot.com

Thursday, 11 October 2018

DIY ROBOT - projek sekolah tadika Abang

Awal tahun ni, Mommy ada menerima whatapps dari Guru Besar sekolah Abang yang menganjurkan #parentkidproject yang akan dibuat sepenuhnya di rumah dengan menggunakan barangan kitar semula. Dengan janji bahawa pemenang projek tersebut akan diberikan tempat duduk VVIP semasa Grand Concert pada bulan Oktober 2018 nanti.

Teruja betul Mommy bila dengar mengenai projek tersebut. Mana taknya, ini merupakan projek sulung Abang ( dan buat Mommy jua) jadi memang menjadi matlamat utama untuk Mommy bagi menyempurnakan projek tersebut sebaik mungkin. 

Mommy terus google kat pinterest untuk scope idea-idea yang boleh digunakan. Dan memandangkan Abang menunjukkan minat yang mendalam kepada robot dan figurines (boys will always be boys), jadi Mommy bercadang untuk membuat robot kotak sebesar (atau hampir sebesar Abang). Senang je buat projek ini sebenarnya, barang yang diperlukan pon kebanyakkannya menggunakan barang kitar semula. Dan kalau ada sebarang addition pon seperti gam, doubletap etc Mommy cuma dapatkan segalanya di kedai RM2.

Antara barangan yang diperlukan:


  1. Kotak-kotak (saiz mengikut besar robot yang diperlukan)
  2. tin pringles untuk kaki. (since robot ni besar, Mommy perlukan 4 tin untuk menyokong robot untuk berdiri
  3. straw untuk tutup pringles
  4. kertas yellow pages untuk balut kotak
  5. newspaper untuk balut kepala robot
  6. 2 botol air plastik untuk tangan
  7. penutup botol, cd dan pelbagai barangan kecil untuk perhiasan butang di badan robot, mata dan mulut
  8. sebarang perhiasan dan tambahan lain yang dirasakan perlu

Untuk projek ini sahaja, Mommy memperuntukkan lebih kurang sebulan lebih untuk siap. Ini pon dikira pantas dengan mengambilkira projek yang sering tergendala akibat urusan harian. Dan nyata usaha tersebut tidak sia-sia, sebab Mommy baru dapat whatapps dari Guru Besar yang memaklumkan bahawa kami di antara pemenang bagi projek tersebut. Oh yeahhh!!


Thursday, 16 August 2018

KAMBING BAKAR - AQIQAH, KENDURI KAHWIN, HARIJADI, BBQ DAY/NIGHT

Siapa di sini suka makan daging kambing ? 
atau...

Siapa kat sini yang tidak boleh berkata tidak untuk makan daging kambing?

hanyalah meme semata..haha

Terus terang Mommy katakan, Mommy adalah seorang karnivor yang sejati. Mommy sungguh pantang..pantang melihat daging. FEVERET!! terutamanya daging bakar.. siram dengan black pepper atau mushroom sauce, coleslaw dan kentang putar. Terputar sebentar kalori nak kira.. 

Kali ni Mommy ingin share tentang seorang anak muda (juga merupakan owner) kepada Daddy Cool Enterprise yang menyediakan kambing bakar beserta air balang. Yang paling best, perkhidmatan mereka ni termasuk sekali upah memasak kambing fresh/frozen yang digolek-golek di depan mata. Termasuklah side dishes mereka yang awesome. 

Mommy dimaklumkan oleh owner bagi mereka yang memerlukan kambing untuk kenduri aqiqah, customer boleh pilih sendiri di ladang kambing area Sementa Selangor. Pilih sendiri nak yang gebus gebas, nak yang putih salju, nak yang dark & handsome. Pendek kata pilih saja mengikut kehendak hati. Dan usai sahaja habis majlis, sijil turut disertakan tau!

Rujuk jadual untuk harga kambing aqiqah

Harga bagi kambing aqiqah terkini



owner menyampaikan sijil laksana majlis graduasi

panjangnya beratur


Manakala jika berkehendakkan daging kambing untuk dibuat BBQ pula, customer boleh memilih daging kambing frozen (berat sekitar 13kg-15kg). Tak suka bakar? ehh... boleh je request untuk mereka masak daging kambing itu mengikut kegemaran sendiri. Kurma, kari atau bakar. 

Rujuk jadual untuk harga kambing golek. Harga sedikit berlainan dengan harga kambing untuk aqiqah.


nyum nyum kambing golek 1

nyum nyum kambing golek 2

semangat akak-akak ni menyedok makanan


cedokkk jangan tak cedokk


Haaa... murah kan? murah kan ? Dahla penuh gan FOC begitu dan begini.

Yang paling Mommy kagum, mereka juga pernah dijemput untuk menyediakan kambing golek sekali pakej dengan air balang di 'Pelancaran #bikinfilem' bertempat di TGV Encorp Strand Mall Kota Damansara yang baru saja diadakan pada 22 Jun 2018 yang lepas. Antara artis-artis famous yang turut serta semasa pelancaran tersebut - Erra Fazira, Scha Alyahya, Sherry Al-hadad, Roy Azman, Sharifah Sakinah, Mark Adam dan ramai lagi. 

Personally bagi Mommy, jika sudah sampai dijemput sehingga ke majlis pelancaran melibatkan artis-artis kenamaan, haruslah makanan yang disediakan itu sedap sehingga menjilat jari dengan perkhidmatan yang diberikan setimpal dengan harga yang dikenakan.  Manakan tidak.. semuanya hasil rempah perapan sendiri ramuan keluarga turun-temurun. Tidak akan sama dengan perkhidmatan yang lain.


Hai Abam !! 

cantiknya kakak Erra !!


barisan artis yang hadir semasa perasmian tersebut


instafemes pon join tau

bini owner pon nak menempel sekali


Mommy sertakan sekali no telefon untuk hubungi owner bagi kemudahan untuk berbincang. Nak berkenalan pon boleh tapi ingin dimaklumkan owner sudah pun berpunya..hehe


FAKRIE
016 601 6887
011 6118 7090
011 1180 7542




Wednesday, 15 August 2018

Klinik Pergigian Kanak-Kanak

Malam yang sunyi tiba-tiba dengar suara Abang meracau sakit... bila dikejutkan baru Mommy sedar yang rupanya Abang sakit gigi depan. Sebenarnya ini kali kedua Abang mengadu gigi bahagian depan sakit, kali pertama dulu Mommy pernah try ke klinik swasta area Shah Alam dan telah pun dibuat treatment. Memandangkan Abang baru berumur 4 tahun tika itu, Dr cadangkan agar gigi Abang hanya dicuci dan ditampal sementara tunggu Abang besar sedikit dan hampir tumbuh gigi kekal. 

Tahap kerisauan Daddy pon boleh tahan sebab secara kebetulan Daddy terpaksa outstation pada pagi tu dan hanya akan balik sehari selepasnya. Mana nak handle si kembar lagi dengan Abang yang sakit gigi. Sakit gigi jangan buat main tau, boleh buat orang bertumbuk!! haha

Tapi Mommy kan super Mommy!! Mommy cuma minta Daddy tinggalkan sikit duit belanja untuk bawa Abang ke dentist dan biarkan yang lain Mommy uruskan sendiri. And yes, that's what I did!

Mommy cuba call dentist terdahulu tetapi dimaklumkan appointment penuh pada tarikh tersebut. Dan melihatkan Abang, Mommy rasa Abang takkan dapat bertahan dengan kesakitan lagi. Jadi Mommy pon berkira-kira untuk bawa saja Abang ke Klinik Pergigian Kerajaan Anika di Klang. Hasil google Mommy, ngam-ngam hari yang nak pergi memang dikhaskan untuk temujanji pesakit luar bagi kanak-kanak. 

Boleh rujuk jadual di bawah : -



Suprisingly, in a very good way obviously...

Klinik Anika menawarkan khidmat yang pantas dan user-friendly. At least di mata Mommy. Dari masa pendaftaran, check up, xray (Abang perlu dixray memandangkan Mommy tak dapat memberikan maklumat lengkap mengenai previous visit ke klinik lain) dan ubatan ---> keseluruhan masa yang diambil hanya lebih kurang sejam atau kurang. Pantas kan! Keadaan klinik pon sejuk je nak-nak time tengah panas membahang macam musim sekarang ni. Even kakak misi pon baik hati siap hadiahkan Abang berus gigi Minion sebagai hadiah keberanian untuk check gigi. Hebat tak!
Even Dr pon bersungguh untuk terangkan kat Abang mengenai prosedur xray and checkup untuk tenangkan hati Abang yang gundah gulana. Mommy cuma mampu gelak kecil je sebab rasanya Abang hanya faham separuh atau mungkin suku dari explanation tersebut. But well, u did very well Doctor untuk try communicate dengan kanak-kanak sebesar Abang. FYI, Abang berumur 5 tahun.

Total kos hangus Mommy adalah sejam untuk masa dan RM1 untuk segala perkhidmatan. THUMBS UP!

berus gigi Minion 

ubatan


Dan baki duit Daddy tinggalkan, Mommy terus enjoy beli Happy Meals untuk semua sebab Mommy da malas masak, LOL!


Wednesday, 28 February 2018

JELAJAH PULAU PINANG




Lamanya mommy tidak bercuti di pantai. Kali terakhir rasanya semasa si Abang baru berusia 4-5 bulan. Sedar tak sedar hampir 5 tahun rupanya..

Dan bila keluarga mertua mencadangkan untuk membuat percutian keluarga semasa cuti panjang (cuti Wilayah Persekutuan dan Thaipusam) di Pulau Pinang, semestinya mommy menjerit girang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam kerana tiada sebarang kesesakan jalanraya. Mommy diberitahu bahawa perayaan Thaipusam disambut secara besar-besaran di Pulau Pinang, jadi mommy menggunakan khidmat Waze sepanjang masa untuk mengelakkan sebarang jalan tutup atau bertembung dengan kesesakan.

Personally, Pulau Pinang merupakan salah satu destinasi kegemaran mommy. Untuk trip kali ini, keluarga mertua telah menempah bilik di Hotel Corpthorne Tanjung Bungah. Murah dan biliknya pon luas. Malah mommy cukup puas hati dengan fasiliti yang ditawarkan. Pada permulaannya, mommy agak down kerana baru mengetahui bahawa hotel/pantai tidak menawarkan sebarang permainan bermotor ie: jetski, banana boat, parasailing etc tetapi rupanya membawa kelebihan. Pantai mereka lebih bersih dan putih daripada pantai di Batu Feringghi. Malah tidak berkongsi dengan mana-mana hotel yang lain kecuali private residences.

Kebanyakan masa pada hari pertama mommy habiskan menemani anak-anak mandi di swimming pool dan makan di kedai sekitar hotel sahaja. Cuma pada malam hari mommy menjengah sebentar di Pasar Malam Batu Feringhhi yang famous itu. Orang tidak ramai maka berjalan menyusuri pasar malam juga lebih mudah malah sempat untuk membuat tawar-menawar. Faktor utama mungkin kerana ianya bukan weekend. Wahh.. bestnya!

Selepas breakfast di hotel sambil meninjau anak-anak mandi di swimming pool. Bukan percutian keluarga namanya jika tiada sukaneka merepek kan? haha.. 

Kenapa merepek?
sebab mommy asyik kalah...hahaha

Ada ke patut main kendong laki bini? haruslah daddy give up nak carry mommy yang penuh baby fat yang tidak hilang-hilang ini. haha. Sebelah petang pula kami Jalan-jalan Cari Makan di sekitar Padang Kota Lama. Niat asal untuk mencari mural sambil menikmati cendol terpaksa dibatalkan kerana kebanyakkan jalan tutup kerana menyambut Thaipusam. Mungkin lain kali mommy akan exlore mural road tersebut.

Kami checkout keesokkan harinya selepas puas berjimba di mesin permainan yang disediakan. Yang buat mommy lebih teruja sebab ianya mesin permainan yang old skool tu. Murah pula tu, hanya 50sen setiap kali bermain. Jangan lupa try ok?

Memandangkan semasa tiba di Pulau Pinang, kami menggunakan jambatan jadi kali ini, daddy memberi cadangan untuk menaiki feri pula dalam perjalanan pulang. Memang bernasib baik kerana kami terus dapat menaiki feri selepas hanya 5 minit menunggu. Untuk makan tengahari pula, Pak Mertua mencadangkan untuk singgah di sekitar Sungai Dua untuk merasai Mi Udang dan nasi bawal panas set sebelum pulang. 

Kesimpulannya. Pulau Pinang masih Pulau Pinang yang mommy kenali dulu. Food and bargain hunters dan adrenaline seekers kesemuanya boleh didapati di sini. 



oh hello Penang ~

watch hunters di pasar malam

imitation bags for grab

bajet-bajet istana pasir

hadiah hamper. cuba teka mommy punya yang mana satu?

battle of the spouse

pasembor

maggi sup

kerang bakar

ikan bawal panas

char kuewteow

ABC ice cream

sotong bakar

mi udang


Tuesday, 27 February 2018

ROADTRIP KE SERI ISKANDAR, PERAK

Awal bulan Februari lalu, kami dijemput merai serta meramaikan majlis penikahan saudara sebelah suami di Seri Iskandar, Perak. Truthfully, ini merupakan kali pertama kami menjejakkan kaki ke sini. Jadi perasaan excited tu memang tidak boleh dinafikan lagi. Perjalanan dari Klang mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah.

Sungguhpun keluarga pengantin menyediakan homestay tetapi daddy menolak pelawaan tersebut dan membuat tempahan hotel di kawasan yang berdekatan, Hotel D yang sebangunan bersama Pasaraya Billion. Nyata ianya merupakan pilihan yang bijak. Bukan hanya dekat dengan pasaraya, tempat shopping dan warung makan malah kedai kegemaran ibu dan anak-anak 'Eco RM2' pula hanya terletak kurang 2 minit perjalanan dari hotel.

Dengan harga tempahan cuma RM140 semalam, kami mendapat bilik yang besar berdepan dengan taman mini hotel serta voucher sarapan pagi untuk 2 orang berhadapan swimming pool yang boleh tahan keluasannya. Cukup untuk buat anak-anak menghabiskan tenaga muda belia sementara mommy menjamah breakfast. haha

Kami tidak sempat meronda di sekitar bandar memandangkan majlis nikah bermula selepas isyak.

Pada hari kedua, mommy persiapkan anak-anak yang tak sabar untuk mandi di swimming pool sebelum checkout hotel lebih kurang jam 11.30 pagi. Mommy bercadang untuk singgah sebentar di Kellie's Castle semasa perjalanan pulang ke Klang nanti.

Cuaca panas terik semasa kami sampai di Kellie's Castle. Setelah membayar tiket parking dan tiket masuk, masing-masing penuh semangat ingin mengembara istana yang penuh sejarah ini. Daddy je yang gagah memanjat tangga demi tangga di sini untuk mendapatkan view terbaik. Mommy dan anak-anak cuma meronda-ronda di sekitar bawah sahaja. Ingin diingatkan, tangga menuju ke atas termasuk rooftop istana ini agak curam jadi berwaspada semasa mendaki ok?

Semasa perjalanan keluar, kami ditawarkan untuk membeli gambar sekeluarga yang diletak dalam bentuk frame oleh petugas di situ tapi ditolak. Memanglah cantik untuk dibuat kenangan tetapi mengenangkan harga yang hampir RM75, tidak berbaloi rasanya. Mommy abaikan saja.

Selepas singgah di kafe mereka sebentar, mommy mencadangkan agar singgah juga sebentar ke Gaharu Tea Valley Gopeng memandangkan ianya terletak seperjalanan pulang nanti. Tidak sukar mencari Gaharu ini, cuma perlu mengikut signboard friendly di sepanjang perjalanan. perjalanan mengambil masa lebih kurang 10-15 minit daripada jalan utama menyusuri jalan kampung-kampung sebelum tiba.

Entah mengapa mommy membayangkan tempat yang hampir menyerupai Bharat Tea di Cameron Highlands. Yelah, nama pon ladang teh kan? tetapi rupanya mommy tersilap. Untuk pergi menjenguk dan mendapatkan pemandangan yang cantik, kita perlu membeli tiket dan menaiki van yang disediakan. Setelah mommy meneliti routes yang bakal disusuri, mommy membatalkan niat sahaja kerana terlalu lewat petang. Mungkin lain kali mommy boleh allocate masa yang lebih untuk menjelajah tempat sebegini.

Mommy suka betul bercuti di bandar kecil sebegini, Too many things to see and explore but yet too little time. Makanan dan barangan pon semuanya murah-murah belaka. Until next time ok.

Terima kasih Seri Iskandar !!

taman mini di dalam Hotel D





pemandangan dari tingkat 2

kafeteria di Kellie's Castle

entrance masuk ke Gaharu Tea Valley


Sunday, 7 January 2018

AZAM TAHUN BARU 2018

Mommy sedih ...

serius sedih ...

pedih luluh ...

sebab mommy timbang berat badan malam tadi, bukan saja berat badan tak turun, malah naik lagi 2kg sempena menyambut tahun baru. Berat badan yang hampir menyamai berat badan semasa mommy sedang mengandungkan abang, tapi kali ni mommy hanya membawa lemak tepu saja.. sedihnyaaaaa

jadi mommy berazam untuk menguruskan badan sempena tahun baru 2018 dan mampu bergambar secara fotogenik bila berada di Jeju dan Hong Kong untuk percutian tahun ni. Mommy penah cuba diet atkins tahun lepas dan bertahan hanya 5 hari sebelum cheat day mommy bertukar menjadi cheat day sehingga kini. HAHAHAHA 

Jangan pandang rendah pada 5 hari yang berjaya tu sebab dalam masa 5 hari sahaja, mommy mampu turun sehingga 4.5kg. Tapi itula... mommy yang gagal maintain maka berat badan mencanak naik kembali.. oh boi oh boii

Hari ini merupakan hari pertama mommy untuk memulakan journey tersebut. Marilah sama-sama berdoa agar journey kali ini selamat sampai ke penghujungnya.. Amin

Wednesday, 3 January 2018

LAUK PANTANG DELIVERY - HOMECOOK PANTANG BY EWIN

Rata-rata tau adat melayu yang sangat menitikberatkan cara penjagaan ibu-ibu yang sedang berpantang. Baik dari segi pemakaian, penjagaan ibu-anak serta pemakanan yang diamalkan. Mommy sungguh bersyukur kerana mommy dijaga (dengan pengawasan yang super ketat) dari Nanny semasa berpantang si Abang dan Kembar. 

Antara rutin biasa -- bangun sebelum subuh dan membersihkan diri menggunakan air rebusan untuk mewangikan diri, minum jamu yang telah dibancuh, meletakkan bawang putih di telinga, sapu pilis di dahi, pam susu sambil  memanaskan tungku dan bertungku/bertangas buat seketika sementara menunggu untuk diurut oleh bidan yang telah dipanggil ke rumah lebih awal. Sepanjang dalam tempoh berpantang, rimas betul rasanya kena memakai stokin dan berbengkung sentiasa. Ini tidak termasuk putaran kipas level 1 sahaja dibenarkan kerana tidak ingin dimasuki angin. Azab rasanya bila kena berpantang selama 44 hari di kala cuaca panas membahang, dengan kita-kita sekali turut terasa tempias. Jadi siapa kata, berpantang itu senang?

Mommy betul-betul salute dengan mereka yang mampu berpantang selama 100 hari atau lebih kerana untuk berpantang 44 hari pon, mommy tidak sabar menghitung hari. Time berpantanglah kesemua makanan/minuman nampak sedap di tekak, bila cukup masa berpantang takde pula makanan/minuman tersebut yang dicari. Yeee, mommy sungguh-sungguh mengerti..

Atas alasan itu, mommy nak share satu perkara ini. Perkara yang bakal memudahkan ibu yang sedang berpantang sendiri ataupun dijaga oleh penjaga, iaitu ada servis penghantaran makanan untuk ibu berpantang terus ke rumah. Senang kan? Cuma whatsapp/sms untuk membuat order dan bayar sejurus selepas makanan tersebut diterima.

Mommy dimaklumkan bahawa menu lauk adalah berbeza setiap hari agar ibu-ibu berpantang tidak jemu. Tapi jangan khuatir, kesemua makanan tersebut adalah seimbang dan sesuai dengan diet pemakanan. Dan menu tersebut juga masih boleh dinegotiate untuk ditukar ke menu yang lain. Malah boleh turut menempel order makanan bajet yang turut disediakan bagi seisi rumah dengan harga serendah RM5 (minimum 5 bekas). Senang yang bertambah senang kan? Murah, sedap dan menyenangkan.

Mommy share sekali lauk berpantang untuk minggu pertama tahun baru 2018 ini.

menu lauk untuk seminggu

ayam kampung masak halia

sayur campur

tempe kicap

sup siakap

daging black pepper halia
pakej lengkap bersama nasi dan chia seeds



Bagi setiap lauk berpantang termasuk kos penghantaran hanyalah RM25 sahaja! 
Manakala lauk lunchbox hanyalah RM5 sehaja! 
(penghantaran di sekitar Port Klang, Klang, dan Shah Alam sahaja)


Lunchbox By Ewin - 011-61187090 / 016-601 6887





Sebarang maklumat lanjut, bolehlah try contact empunya diri. Nak adjust lauk ke, nak adjust penghantaran ke waima nak adjust waktu pon boleh. Yang penting, call dan tanya dulu. Bolehlah lepas ini, masing-masing pasang niat untuk rajin-rajinkan diri untuk mengandung. hehe

Kemon people, place your order now!