jemarimommy.blogspot.com

Sunday 7 January 2018

AZAM TAHUN BARU 2018

Mommy sedih ...

serius sedih ...

pedih luluh ...

sebab mommy timbang berat badan malam tadi, bukan saja berat badan tak turun, malah naik lagi 2kg sempena menyambut tahun baru. Berat badan yang hampir menyamai berat badan semasa mommy sedang mengandungkan abang, tapi kali ni mommy hanya membawa lemak tepu saja.. sedihnyaaaaa

jadi mommy berazam untuk menguruskan badan sempena tahun baru 2018 dan mampu bergambar secara fotogenik bila berada di Jeju dan Hong Kong untuk percutian tahun ni. Mommy penah cuba diet atkins tahun lepas dan bertahan hanya 5 hari sebelum cheat day mommy bertukar menjadi cheat day sehingga kini. HAHAHAHA 

Jangan pandang rendah pada 5 hari yang berjaya tu sebab dalam masa 5 hari sahaja, mommy mampu turun sehingga 4.5kg. Tapi itula... mommy yang gagal maintain maka berat badan mencanak naik kembali.. oh boi oh boii

Hari ini merupakan hari pertama mommy untuk memulakan journey tersebut. Marilah sama-sama berdoa agar journey kali ini selamat sampai ke penghujungnya.. Amin

Wednesday 3 January 2018

LAUK PANTANG DELIVERY - HOMECOOK PANTANG BY EWIN

Rata-rata tau adat melayu yang sangat menitikberatkan cara penjagaan ibu-ibu yang sedang berpantang. Baik dari segi pemakaian, penjagaan ibu-anak serta pemakanan yang diamalkan. Mommy sungguh bersyukur kerana mommy dijaga (dengan pengawasan yang super ketat) dari Nanny semasa berpantang si Abang dan Kembar. 

Antara rutin biasa -- bangun sebelum subuh dan membersihkan diri menggunakan air rebusan untuk mewangikan diri, minum jamu yang telah dibancuh, meletakkan bawang putih di telinga, sapu pilis di dahi, pam susu sambil  memanaskan tungku dan bertungku/bertangas buat seketika sementara menunggu untuk diurut oleh bidan yang telah dipanggil ke rumah lebih awal. Sepanjang dalam tempoh berpantang, rimas betul rasanya kena memakai stokin dan berbengkung sentiasa. Ini tidak termasuk putaran kipas level 1 sahaja dibenarkan kerana tidak ingin dimasuki angin. Azab rasanya bila kena berpantang selama 44 hari di kala cuaca panas membahang, dengan kita-kita sekali turut terasa tempias. Jadi siapa kata, berpantang itu senang?

Mommy betul-betul salute dengan mereka yang mampu berpantang selama 100 hari atau lebih kerana untuk berpantang 44 hari pon, mommy tidak sabar menghitung hari. Time berpantanglah kesemua makanan/minuman nampak sedap di tekak, bila cukup masa berpantang takde pula makanan/minuman tersebut yang dicari. Yeee, mommy sungguh-sungguh mengerti..

Atas alasan itu, mommy nak share satu perkara ini. Perkara yang bakal memudahkan ibu yang sedang berpantang sendiri ataupun dijaga oleh penjaga, iaitu ada servis penghantaran makanan untuk ibu berpantang terus ke rumah. Senang kan? Cuma whatsapp/sms untuk membuat order dan bayar sejurus selepas makanan tersebut diterima.

Mommy dimaklumkan bahawa menu lauk adalah berbeza setiap hari agar ibu-ibu berpantang tidak jemu. Tapi jangan khuatir, kesemua makanan tersebut adalah seimbang dan sesuai dengan diet pemakanan. Dan menu tersebut juga masih boleh dinegotiate untuk ditukar ke menu yang lain. Malah boleh turut menempel order makanan bajet yang turut disediakan bagi seisi rumah dengan harga serendah RM5 (minimum 5 bekas). Senang yang bertambah senang kan? Murah, sedap dan menyenangkan.

Mommy share sekali lauk berpantang untuk minggu pertama tahun baru 2018 ini.

menu lauk untuk seminggu

ayam kampung masak halia

sayur campur

tempe kicap

sup siakap

daging black pepper halia
pakej lengkap bersama nasi dan chia seeds



Bagi setiap lauk berpantang termasuk kos penghantaran hanyalah RM25 sahaja! 
Manakala lauk lunchbox hanyalah RM5 sehaja! 
(penghantaran di sekitar Port Klang, Klang, dan Shah Alam sahaja)


Lunchbox By Ewin - 011-61187090 / 016-601 6887





Sebarang maklumat lanjut, bolehlah try contact empunya diri. Nak adjust lauk ke, nak adjust penghantaran ke waima nak adjust waktu pon boleh. Yang penting, call dan tanya dulu. Bolehlah lepas ini, masing-masing pasang niat untuk rajin-rajinkan diri untuk mengandung. hehe

Kemon people, place your order now! 


Tuesday 2 January 2018

ROADTRIP KE DASHBOX CYBERJAYA

Roadtrip #triojelajahdunia kembali lagi...

Kali ini kami enggan menempuh lautan traffic di highway bila tiba hujung minggu, jadi mommy bercadang untuk beristirehat di sekitar area Selangir atau Wilayah saja. Setelah menimbang tara choices yang ada, mommy memutuskan untuk bercuti di Hotel Dash Box sekitar Cyberjaya yang hanya lebih kurang 40 minit perjalanan dari Klang. 

Dengar khabarnya, agak sukar untuk menempah bilik pada hujung minggu memandangkan ianya selalu fullhouse. Jadi mommy hanya managed untuk menempah hari Jumaat dan pulang keesokkan harinya kerana Sabtu juga fullhouse. Dan once dapat book, mommy terus menempah 6 bilik Studio Twin Garden keseluruhannya. Puas hati mommy, haha!

FYI, terdapat 4 jenis bilik yang ditawarkan di hotel ini. 

Dash Twin Room -          bilik kontena tanpa tv yang sesuai untuk 2 dan terletak bersebelahan dengan                                          reception counter.  
Studio Twin Garden -     bilik berhadapan dengan taman
Studio King Pool  -         bilik berhadapan dengan kolam renang
Dash Deluxe -                 bilik yang terbesar terletak di bahagian atas bilik studio

Kami sampai lebih awal dari masa untuk check-in semata-mata ingin swimming di kolam renang mereka yang super luas. Bukan setakat tu saja, 2 slides juga turut disediakan di tepi kolam renang tersebut. Favourite anak-anak sungguh, sepanjang masa asyik nak swimming je. Makan dan tidur pon sampai kene paksa untuk stop, itupon macam nak cari gaduh. LOLxx

Antara perkara yang paling mommy suka tentang hotel ini ialah kita boleh parking kereta di hadapan bilik masing-masing. Wahhhh, bonus point untuk mommy yang suka bawa keseluruhan almari baju setiap kali bercuti. Senang betul proses upload barang ke bilik ketika check in dan upload barang kembali ke dalam kereta ketika check out.

Mommy suka betul dengan dekorasi bilik yang mengenakan image hispter dengan seekor teddy rabbit berwarna hijau yang sedang menyilang kaki di atas katil. Disebabkan 6 bilik yang ditempah tersebut terletak hanya bersebelahan, masing-masing terus buka sliding door dan menggunakannya lebih kerap dari pintu bilik yang asal. Sliding door tu pula boleh terus menuju ke arah swimming pool. Senang betul monitor anak-anak dari bangku yang disediakan di hadapan sliding door tersebut.

FYI, gambar bilik yang mommy sertakan adalah gambar bilik Deluxe Dash. Memandangkan terdapat kesilapan ketika proses check in oleh pihak hotel, maka salah satu bilik telah diupgradekan dari Studio Twin kepada Dash Deluxe.

Apa bezanya? Dash Deluxe lebih besar keluasannya malah terdapat sudut membaca ( 2 sofa single ) yang diletakkan di tepi katil dan terdapat balkoni yang luas.  Manakala Studio Twin pula tiada sofa yang disediakan dan bilik yang lebih kecil.

Mommy tidak mengambil sebarang pakej dinner/breakfast dari hotel memandangkan kedai makanan bersepah saja di sekitar kawasan tersebut. Malah terdapat sebuah shopping mall Dpulze Cyberjaya jika ingin bertukar selera. Malah, di hotel juga menyediakan sebuah restoran jika malas untuk keluar. Pilihan di tangan anda.

Tidak puas rasanya hanya tidur semalam di sini. Tapi malangnya, booking bilik selalu sangat penuh terutama sekali di hujung minggu.  Mungkin rezeki lain kali kan? 

Akhir kata dari mommy, HAPPY NEW YEAR!! dari mommy yang hanya menghabiskan masa menyambut new year dengan menonton Running Man bersama keluarga. LOLxx

pintu masuk ke hotel

boleh parking kereta di depan bilik

restoran yang disediakan oleh pihak hotel

pemandangan dari lobi

view dalam bilik 

rabbit hijau sedang beristirehat

bilik mommy di bahagian bawah

piknik di luar bilik

pemandangan dari bahagian depan bilik

event hall