jemarimommy.blogspot.com

Wednesday 29 November 2017

IDEA HADIAH ULANGTAHUN PERKAHWINAN - DIY MUDAH

Genap 5 tahun ulangtahun perkahwinan Mommy and Daddy pada tanggal 10.11.2017
Amboiii diam-diam sudah usia 5 tahun perkahwinan kami. Bergaduh, berbaik semula, bercerakau kembali dan bermaafan selepas itu --> semuanya lumrah perkahwinan dan merupakan asam garam kehidupan. Mommy dan daddy agak berlainan personaliti tapi mungkin itu yang menyebabkan kami sangat serasi bersama. He completes me in every form ! (moga daddy baca entry kali ini dan bagi reward kerana pujian yang melambung..haha)

Mommy memang berniat untuk menghadiahkan sesuatu kepada daddy sempena anniversary kami tetapi bulan November kali ini terasa kering-kontang walletnya. Bulan di mana gaji lambat lagi nak diterima, time itu lah bateri kereta rosak, gearbox buat hal, aircond leaking, fius elektrik terbakar, cermin kereta pecah dan pelbagai hal..seriously, dugaan agak hebat. Truthfully, disebabkan ini mommy terlupa sebentar mengenai hadiah daddy (SORRY DADDY!!)

And, one phone call dari daddy menggegarkan kembali ingatan mommy

"Happy anniversary yang. So, what do you want for this anniversary?"

yeah, jawapan cliche~ mommy

"Nothing. Please jangan beli bunga" ---  sambil garu kepala sendiri memikirkan hadiah untuk daddy yang boleh disiapkan dalam tempoh masa singkat tanpa memerlukan bajet yang tinggi. yeah, cheapskate, I know ... haha

Tangan mommy sibuk googling mengenai hamper hadiah bersama bunga. Cakap dengan daddy taknak bunga tetapi diri sendiri opted jalan paling senang. Sungguh cakap tidak serupa bikin. And suddenly tangan warrior mommy terus menaip  

"DIY ANNIVERSARY GIFT FOR HUSBAND" 

and tadaaa~~~ ada beberapa idea yang mommy boleh gunapakai malah menepati ciri-ciri yang mommy kehendaki. Mudah, murah, pantas dan penuh kreativiti serta keikhlasan... another cliche~ haha

Instead mommy bagi hamper coklat dan bunga, mommy tukar hamper tersebut kepada barangan kegunaan harian yang direka khas untuk daddy.


MARRIAGE TOOL ESSENTIALS

Barangan yang diperlukan - mengikut jenama peribadi sendiri

  1. Deodarant                              : "... to not sweat the small stuff"
  2. Shampoo                               : " ... to remind you to stay fresh"
  3. Hair gel                                 : " ... to always stick to each other"
  4. Chocolate                              : " ... to keep you sweet"
  5. Bandage                                : " ... to help fix any hurt feelings that may occur"
  6. Socks                                    : " ... to keep cold feet away"
  7. A box of cigarette                 : " ... in case of emergency"
  8. Mint chewing gum                : " ... to ensure fresh kiss"
  9.  Shaver                                  : " ... to shave all the problems we might have"
  10. Condom                                : " ... because accident happen"
  11. Smiley face                           : " ... remember to always smile and be happy"
  12. Puzzle                                   : " .... without you, I am incomplete"
  13. Love                                     : " ... I love you"






shuuuweettt tak mommy? haha

Tidak sukar sebenarnya untuk membuat hamper kreatif buatan sendiri. Anda cuma memerlukan bakul/kotak dan hiasinya dengan barangan kegunaan sendirian. Hiasi sedikit reben dan susun atur menarik serta letakkan kad ucapan. Lebih murah di samping dapat menunjukkan keikhlasan kan?

Cuba tau!

Monday 27 November 2017

MELBOURNE 2017 - DAY 6 & 7 - SEALIFE MELBOURNE AQUARIUM, WHARF DFO, MELB-KUL

Semasa mommy membuat itenerari ke Melbourne, mommy memang sengaja meletakkan lawatan ke Sealife Melbourne Aquarium sebagai salah satu tempat wajib dilawati bersama anak-anak. Lebih-lebih lagi mereka memang sangat meminati sealife creatures. Jadi lawatan ini memang sangat dinanti-nantikan.

Kebetulan pula pagi ini hujan agak lebat sejak sebelum subuh lagi. Sungguh bernasib baik kerana kebanyakkan masa pada hari ini, kami akan buat aktiviti indoor sahaja. Aquarium tersebut terletak di tebing Yarra River di Flinders St. 

Mommy menggunakan kupon yang sedia ada semasa pembelian tiket. Seriously, tidak menyesal mommy mengusung dan mengambil buku panduan pelancong yang bersepah di tourist centre sebab banyak penjimatan yang mommy buat dengan menggunakan kupon yang disediakan. Selain itu, pembelian tiket secara online pon boleh redeem 20% off sepertimana di dalam website mereka. So, rajinkan diri untuk check ok?


Semasa perkiraan bajet untuk ke aquarium, pernah terdetik di hati mommy yang merasakan tiket lawatan ini agak mahal sebenarnya walaupun selepas harga diskaun. Tetapi, pandangan mommy terus berubah bila menjejakkan kaki di dalam aquarium tersebut. Banyak hidupan laut yang boleh dipelajari, disentuh serta dikagumi dari level B2 hingga ke Tingkat 1. Mommy menghabiskan masa 3-4jam di aquarium ini sahaja, tapi itupon rasa tidak mencukupi. Selain hidupan liar, terdapat art aquarium dan 3D cinema yang boleh diexplore.

kaunter tiket

Finding nemo di aquarium melbourne

rockpool

helloo

masing-masing rajin study di Art Aquarium

penguin happy feet


Mommy turut singgah di DFO South Wharf yang hanya memerlukan 10 minit berjalan kaki dari aquarium. Rambang sungguh mata bila sampai di DFO ni sehinggakan tak tau nak beli apa dan akhirnya pulang dengan tangan kosong. Lagipun, barangan tersebut tidaklah semurah mana untuk dibandingkan dengan harga di Malaysia kerana currency sedikit lemah semasa trip kali ini. Cukupla sekadar beli sedikit souvenir di Queen Victoria Market sebagai kenangan. Semasa perjalanan pula, boleh stop bergambar di Crown Casino mereka tu. Buat yang non-gamblers, cukuplah sekadar ambil gambar di hadapan pintu masuk. Buat cukup syarat je.

Cepat rasanya masa berlalu dan esok perlu check out awal pagi untuk pulang ke Malaysia.

Mommy checkout seawal 6.00 pagi dan mengambil tram untuk ke SkyBus di Southern Cross St. Semuanya dipermudahkan cuma ada sedikit kelewatan semasa check in di kaunter. Kesilapan sendiri kerana beratur di kaunter newbie, nak tekan punat komputer pon mengambil masa yang panjang. Mommy turut singgah di Duty Free Shop untuk membeli coklat TamTam sebagai bekalan dalam flight ( tak sempat nak sampai Malaysia, abis licin dibedal). Tu je pengalaman bercuti di bumi Melbourne, InsyaAllah mungkin akan kembali lagi. 

Take care Melbourne !

Terdengar pula announcement Captain 
"Welcome to Malaysia. And to Malaysians, welcome home"
Rindunya dengan Malaysia !!

Sunday 26 November 2017

MELBOURNE 2017 - DAY FIVE - PUFFING BILLY- BLOCK ARCADE- HOSIER LANE -DOCKLANDS

Cuaca lebih sejuk pagi ni kerana hujan renyai-renyai sejak awal pagi lagi. Kami menunggu hujan agak reda sebelum bergerak menuju ke Puffing Billy- the famous steam train di Belgrave. Dari apartment, kami menaiki tram sehingga ke Flinders Station dan bergerak ke Belgrave menggunakan train jam 10.30 pagi. Mungkin hari masih pagi atau mungkin ianya adalah weekdays, train tersebut kosong dan hanya anak-anak mommy saja yang 'memeriahkan' suasana. Belgrave merupakan destinasi yang terakhir sekali, jadi tidak perlu risau untuk terlepas stop. Lepas tiba di Belgrave, ikut saja signboard yang menunjukkan arah ke Puffing Billy. Ianya terletak hanya bersebelahan dengan station dengan 5-8 minit perjalanan.

Mommy nasihatkan untuk semak terlebih dahulu jadual keretapi stim ini sebelum memulakan perjalanan kerana agak merugikan masa jika sampai tetapi keretapi lambat lagi bergerak. Mommy menggunakan kupon semasa pembelian tiket - 15% off the normal price. Bayangkan tiket yang harus dibeli adalah 4 keping (termasuk 1 tiket kanak-kanak) berapa banyak penjimatan yang boleh dibuat. Mommy memilih untuk turun di Menzie's tidak bercadang untuk menaiki train sehingga ke penghujung destinasi.

Memandangkan orang tidak ramai, mommy berpeluang untuk memilih tempat duduk sendiri. Mommy memilih memilih 3 deck dari belakang. 

Tips mommy : Pilih deck di antara yang belakang kerana lebih cantik mengambil gamba steam train semasa membelok di atas jambatan sambil asap keluar di corong. Alaaa, the iconic picture sepertimana photographer selalu ambil. Jika duduk di deck hadapan, tidak kelihatan laa deretan deck di bahagian depan untuk diambil. Sayang sekali sebenarnya.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang  30 minit untuk perjalanan dari Belgrave hingga ke Menzie Creek. Tiada apa yang boleh dibuat di dalam train selain meletakkan kaki di luar tingkap sambil menghayati pemandangan. Semasa membuat semakan train berikutnya untuk balik ke Belgrave dari Menzie Creek, mommy difahamkan perlu menunggu lebih kurang 10-15 minit. Jadi mommy merasakan sempat untuk explore serta bergambar di station tersebut. Tetapi ruginya bila mommy sampai sahaja di Menzie Creek, train sudah pon bersiap sedia untuk berlepas. Maka, berlari-lari lah kami untuk menaiki train tersebut. Punah harapan untuk berpiknik di situ. Sempat ambil gambar dari dalam train je. Takpelah, mungkin bukan rezeki.



Harga tiket

Perjalanan steam train
steam train timetable
perjalanan ke Puffing Billy. Ikut je signboard

di hadapan kaunter tiket

kaunter tiket

gambar dari deck belakang

hello Belgrave

nanny bersama Puffing Billy

Aiii aii Captain !!

gambar dari dalam train di Menzie Creek

Sebab utama mengapa perlu ambil di deck belakang

Mommy tidak explore bandar Belgrave dan terus pulang ke CBD. Mommy bercadang untuk melawat Block Arcade. Sebenarnya tidak sukar untuk mencari Block Arcade, tapi entah mengapa mommy asyik sesat je dan berpusing di area yang sama berkali-kali. Mungkin sebab bangunan Block Arcade ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan besar yang lain, maka mommy asyik terlepas pandang. 

Apa ada di Block Arcade?
Basically, Block Arcade merupakan bangunan iconic lama yang dibina di antara 1897-1893.  
Dengan lantai jubin mozek serta batu ukiran yang mengagumkan, Block Arcade merupakan salah satu contoh terbaik bagi arked membeli-belah dalam abad ke-19.  

What to expect?
1. kedai yang menjual pakaian, barangan vintage, cafe etc
2. Rekabentuk dalaman yang cantik dan reka bentuk seperti di Galleria Vittorio Emanuele yang terkenal di Milan.

Ianya berdekatan dengan Hosier Ln. Mommy cadangkan jika sudah sampai di Hosier Ln, bolehlah singgah sebentar di Block Arcade untuk menghayati rekabentuk bangunan yang mengagumkan ini.




Block Arcade

Nanny yang interpremm

google map dari Block Arcade ke Hosier Ln


Mommy turut singgah di Hosier Ln untuk mengambil gambar mural yang cantik-cantik belaka tu. Semasa kami sampai, orang agak ramai sedang bergambar, jadi memang sukar untuk mengambil gambar tanpa sebarang photobomber. Seriously, artwork memang sangat superb. Bagi mommy yang easy to impress, mommy sudah super satisfied. Haha

Kegagalan untuk mengambil gambar di hadapan Flinders St membuatkan mommy singgah buat kali ke-2 ke Lord of The Fries. Amboiii alasan! haha

just because im a Leo

another family photo

model Calvin Klein in the making
 
friesss dap dap dap


Daddy dan anak-anak terlalu penat untuk mengikuti mommy dan nanny untuk berjalan ke Docklands. So, daddy dan anak-anak pulang ke apartment untuk berehat terlebih dahulu. Tujuan mommy ke Docklands sebab kepingin untuk melihat Harbour Town. Mengikut blog-blog yang mommy baca, rata-ratanya mengatakan kehebatan untuk bershopping di Harbour Town. Tetapi bila mommy sampai, keadaanya agak *kriikk kriiikkk* Jangan kata tiada orang, malah kedai pon kebanyakkan sudah ditutup permanently. Mommy kurang pasti kedai tersebut di tutup untuk renovation ataupun tutup dan tidak beroperasi lagi. Mommy pon jumpa one small funfair park tetapi ianya turut tutup. Alasan kurang pasti. Jadi mommy cuma bergambar di Melbourne Star Observation Wheel dan terus balik ke apartment dari Flinders St. Letihnya ya ammpuunnn

Docklands dari dalam tram

Harbour Town yang *kriikk krikk*

Melbourne Star Observation Wheel

Esok nak explore SeaLife Melbourne Aquarium dan DFO pula. Yeehaa ~~



Monday 20 November 2017

MELBOURNE 2017 - DAY FOUR - YARRA RIVER- FEDERATION SQUARE- MELBOURNE UNI- STATE LIBRARY OF VICTORIA

Hari ini mommy peruntukkan hanya untuk berjalan-jalan dan discover CBD dengan lebih mendalam lagi. Seperti biasa, mommy start off journey dengan makan big breakfast di apartment terlebih dahulu. Perjalanan agak panjang hari ini kerana ingin pergi ke beberapa tempat di sekitar CBD.

Memandangkan cuaca agak baik, mommy mencadangkan agar kami naik tram sehingga ke Flinders St dan berjalan menyusuri Yarra River sehingga ke Federation Square. Suasana yang aman serta pemandangan yang indah, tidak terasa langsung perjalanan yang agak panjang tersebut. Sesekali berselisih bahu dengan penunggang basikal serta mereka yang sedang berjogging. Cuaca sebegini memang sedap untuk berjogging sungguhpun waktu sudah hampir jam 10.00 pagi. Jika di Malaysia, mungkin sudah gelap dan super-tanned kulitnya.

Sebaik saja sampai di Federation Square, anak-anak sudah mula berlari sana-sini di kawasan yang lapang. Best betul berada di sekitar CBD kerana di mana-mana saja terdapat free wifi dan tidak perlu berbelanja untuk mengambil sebarang prepaid plan, teruatama sekali di kawasan tourist spot. Boleh berjam-jam lamanya melayari internet free di kawasan sebegini. Federation square juga bersebelahan dengan Australian Centre for the Moving Image (ACMI) dan berdekatan dengan St. Paul's Cathederal Melbourne. Semasa di sana, terdapat expo yang berlangsung di ACMI - Wallace & Grommit and Friends tetapi since ada pembelian tiket, jadi mommy batalkan niat. Cheapskate kan? haha.. 

Rasanya populasi di Federation Square semasa itu, hampir majoritinya berbangsa Asia. Selain daripada ahli keluarga sendiri, mommy rasa hampir keseluruhan masa mommy berbahasa Melayu. Diminta tolong untuk mengambil gambar mommy berbahasa Melayu dan meminta tolong diambil gambar pon berbahasa Melayu. Itu belum lagi semasa berjalan di sekitar CBD, mommy asyik di sapa dan menyapa mereka yang kelihatan seperti orang Malaysia/Indonesia. Malah cubaan daddy membuat order french fries di McDonalds pon turut disapa oleh petugas dari Malaysia berketurunan Cina. Sementara berada di Federation Square, mommy turut singgah di Visitor Centre di persimpangan jalan untuk mengambil sebarang info tourist spot yang lain. 

Malang sekali rasanya tidak dapat bergambar di kawasan hadapan Flinder Station yang ikonik itu kerana pembaikpulihan sedang dilakukan. Sedihnyaaaa!! Jadi untuk merawat hati yang lara itu, mommy singgah untuk membeli snack di Lord Of The Fries terletak betul-betul di kaunter tiket di Flinder Stations. Portion yang besar, fries yang enak serta dilitupi dengan sos, nyata benar-benar membuka selera.

Dari situ, kami bergerak ke Melbourne University. Ini kali kedua mommy melawat universiti luar semasa trip lawatan. Kali pertama ke Ehwa University di South Korea. Mommy kagum dengan rekaan dan senibina keseluruhan Melbourne University. Malah kawasannya sangat besar untuk diterokai, hinggakan mommy hanya mampu untuk berjalan suku (atau mungkin kurang) kawasan di dalam kampus. Sunyi sepi je kampus ni, mungkin pelajarnya masih bercuti. Sekali pandang, mommy dapat merasakan ada ciri-ciri Harry Potter pula di sudut-sudut tersembunyi di dalam kampus ini ---> tetapi ini hanyalah pandangan mommy semata yang suka berhalusinasi sendirian. haha

Perjalanan balik, mommy singgah sebentar di State Library of Victoria. Jika anda seorang peminat Running Man (seperti mommy), anda akan perasan mereka turut menjalankan pengambaran di sini semasa episod jelajah Australia bersama Won Bin dan Rain. Tatkala sampai di sana, mommy di sambut oleh patung statue di bahagian hadapan dan chess bersaiz jumbo di bahagian tepi perpustakaan tersebut. Ok, itu perkara yang boleh dijangkakan. Perkara di luar jangkaan adalah kawasan tersebut juga dihuni oleh puluhan burung-burung liar. Cantik bila diambil gambar, buruk sedikit jika dilihat secara dekat kerana dipenuhi dengan tahi burung merata. Tapi itu hanyalah komen yang langsung tidak menjejaskan pemandangan di sana.

Daddy dan nanny tidak bercadang untuk masuk ke dalam library tersebut dan cuma duduk diluar sambil perhatikan anak-anak mengejar burung-burung. Mommy bergerak pantas terus naik ke bahagian atas bagi mendapatkan gambar yang lebih jelas memperlihatkan keseluruhan dome library berkenaan. Mommy hanya menaiki separa lif manakala selebihnya mommy menggunakan tangga yang disediakan untuk ke bahagian paling atas. Bagi pengemar buku seperti mommy, ralat rasanya tidak dapat menghabiskan masa untuk melihat/membaca buku di sini. Terasa semangat untuk membaca berkobar-kobar rasanya. Macam boleh score Dean List, as if! haha..

Mommy teringin menyambung perjalanan ke Hosier Lane tetapi perut yang berkeroncong malah hari sudah mula gelap menyebabkan kami end the trip lebih awal dari jangkaan. Seperti biasa, kami ke Pondok Rempah untuk makan teatime/dinner sebelum pulang ke apartment. Ada banyak kedai halal yang lain di sekitar CBD, tapi mommy lebih prefer di sini memandangkan citarasa yang hampir menyerupai makanan di Malaysia. Baru hari ke-4 sudah merindui nasi lemak. Alahai lidah belacan.. 

Tidak sabar untuk ke Puffing Billy esok, weeee!!!

cubaan cousin untuk mengajar cara menaiki tram ke Flinder St

Tebing Yarra River

Pemandangan di tebing Yarra River

Jambatan Yarra River

St Paul's Cathederal Melbourne

Federation Square
Daddy yang menghayati suasana di Federation Square
Hello Melbourne University

acah-acah student

acah-acah student part 2

acah-acah student part 3
acah-acah student part 4


State library of Victoria
pemandangan atas library

MELBOURNE 2017 - DAY THREE - BRIGHTON BEACH- FLAGSTAFF GARDEN

Hari ke tiga yang cerah ini mommy bercadang untuk ke Brighton Beach. Apa ada di Brighton Beach? Yes... di situlah terletaknya the famous Bathing House. Deretan rumah kecil yang berwarna-warni di persisiran pantai milik orang-orang persendirian. Tempat wajib lawat pabila berada di Melbourne.  Semasa membuat kaji selidik mengenai cara yang paling mudah untuk ke Brighton Beach, mommy came across 2 cara yang berlainan

1. menggunakan khidmat tour guide
2. naik saja train ke Brighton Beach

Personally, mommy rasa senang je untuk bergerak secara sendiri tanpa khidmat tour guide ke Brighton Beach walaupun bergerak dengan 3 anak-anak kecil. Murah pula tambang dikenakan. Jika naik dari Flinders St cuma perlu turun di Brighton Beach dan berjalan sekitar 10 minit sebelum sampai ke area Bathing boxes. Tidak perlu membazir secara boros tidak bertempat. Lebihan duit boleh buat shopping dan makan-makan.

Mommy bergerak ke Brighton Beach dari Flinders St. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20minit melalui beberapa stop termasuk jika ingin ke St Kilda. Ada 2 stop boleh dipilih untuk ke Brighton Beach---> samada ingin turun di Brighton Beach atau Middle Brighton. Mengikut review, lebih baik turun di Brighton Beach kerana jalannya lebih mudah dan tidak begitu menyesatkan seperti di Middle Brighton. 

route


Sebaik saja turun di stop Brighton Beach, udara pantai terus menyapa. 

waahhhh rindunya nak mandi di pantai !!!

Tidak sukar sebenarnya untuk pergi ke Bathing Box. Ikut saja jalan menyusuri tempat pejalan kaki di persisiran pantai tersebut. Besar betul rumah-rumah orang kaya di sini. Untungnya dapat menikmati pemandangan pantai setiap hari sambil menikmati kopi. A'ah, Mommy dan kafein berpisah tiada. haha

Jalan punya jalan dan tersergam indah deretan Bathing Box yang ditujui !! Sumpah cute sangat bathing box ni, pelbagai warna dan corak. Mommy dan nanny sibuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan, daddy dan anak-anak pula sibuk menjamah bekalan yang di bawah. Kesian, mesti lapar sejak tadi. Lepas kenyang, mereka anak-beranak sibuk pula memberi burung makan.

On the way balik, daddy dan mommy berbolak-balik sama ada perlu untuk singgah sebentar di St Kilda.  Mommy ingin benar untuk melihat dan bergambar di hadapan Luna Park yang famous dengan ikon muka dan mulut terbuka tu, tetapi daddy tetap bertegas mengatakan anak-anak sudah nampak kelihatan letih dan lapar. Jadi mommy lupakan saja niat untuk di singgah di sana dan terus balik ke CBD.

Selepas menikmati lunch, kami singgah sebentar di Flagstaff Garden memandangkan cuaca yang sangat baik. Nasib baik mommy bawa frisbee, dapatla merasa bermain frisbee seperti di dalam filem omputih. haha.. Sedap betul rasanya boleh baring-baring di atas rumput dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Nanny plak sibuk hapdet FB nya sendiri dengan menggunakan free wifi di sekitar tersebut. Lama juga rasanya kami lepak melepaskan lelah di situ, sempat juga abang buat kecah campak-campak daun kering sebelum diheret pergi. haha

 Kami juga sempat juga menyinggah (yang ntah ke berapa kali) ke Queen Victoria Market untuk bershopping sebelum pulang ke apartment. Kaya da penjual di situ memerah wallet mommy dan nanny..

dari Flinder St ke Brighton Beach





Strollers pon ingin bergamba



Flagstaff Garden

Daddy dan 3 angels