jemarimommy.blogspot.com

Thursday, 16 November 2017

MELBOURNE 2017 - SkyBus, Queen Victoria Market (DAY ONE)



" the greatest reward and luxury of travel is
 to be able to experience everyday things
 as if for the first time "

ini merupakan trip kali pertama merasai spring di tempat baru, Melbourne. Nyata ianya berbeza dengan pengalaman kali pertama di Jepun. Melalui research yang mommy lakukan, kebanyakan feedback mengatakan di bumi Australia kita berupaya melalui 4 musim sekaligus dalam sehari. Sungguhpun sepatutnya tarikh mommy di sana merupakan musim spring di mana bunga-bunga mula kelihatan dan berkembang cantik, tetapi sedikit perubahan musim menyebabkan mommy berpeluang merasai saat-saat akhir musim winter dengan hujan beserta angin kebanyakan masa. Di sebelah pagi mommy merasai angin sejuk di saat matahari terang, tiba-tiba hujan di tengah hari dan cerah semula di sebelah petang sehingga mampu untuk berkelah di taman berdekatan. Hebat kan?

Tugas mommy seperti biasa adalah membuat itenarari sepanjang berada di bumi Melbourne yang mesra kanak-kanak. Rupanya segalanya mudah di bumi Melbourne. Bukan saja ianya mesra kanak-kanak, malah ia juga turut mesra muslim. Tempat makan dan solat tidak perlu susah-susah untuk dicari. Segalanya tersedia, cuma perlu pergi dan merasai sendiri saja.

Perlu mommy ingatkan bahawa pihak kastam dan imigresen mereka merupakan di antara ( atau paling) strict yang terdapat di dunia. Habis segala diteleknya depan, belakang, atas dan bawah. Kecut juga sebenarnya tapi memang sistemnya sudah begitu. Ada sesetengah barang tidak boleh di bawa masuk ke Australia, secara khususnya boleh rujuk sendiri di website www.agriculture.gov.au/travelling/arriving-in-autralia dan jangan lupa declare tau!!

nak declare kat mana?
time atas kapal terbang, stewardess akan edarkan satu kad putih kecil yang harus diisi..yess!!
itulah yang digelar sebagai declaration form.
if tak pasti sama ada bawak ke tak bawak ke terbawa ke tak ingat ke atau tak tau sekalipon --> sila tick je yes. better safe than sorry.
if didapati ada cubaan menyeludup masuk, boleh kena denda sampai $420 Aud oiii

On the way keluar dari aiport, mommy sempat capai buku tourist guide yang bersepah dalam tu. Mommy sarankan supaya ambikla 2-3 buku sebab dalam tourist guide tu lengkap bersama maps, senarai kedai dan tourist attraction. Malah terdapat kupon diskaun disertakan. Banyak mommy saving sebab gunakan kupon tersebut.

Once keluar dari aiport, mommy opt untuk naik SkyBus yang terletak di luar sebelah kiri.Paling senang, tanya orang tapi kalau malu boleh baca signboard. Choice is yours! Tapi mommy ingin tekankan, SkyBus ini adalah super convenient malah murah untuk ke CBD sungguhpun bersama 3 kanak-kanak aktif dan beg besar seberat hampir 40kg. Toksah tanyala apa mommy bawa sampai 40kg sebab mommy pon di luar sedar semasa packing barang tersebut. haha.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit tapi serius tidak terasa sebab sibuk update facebook (wifi free disediakan di atas bas) dan update owner Airbnb tentang kehadiran kami. 

SkyBus tersebut berhenti di Southern Cross Station dan kami cuma perlu berjalan 5 minit untuk sampai ke apartment The William di William St. Owner rumah yang berasal dari Indonesia hadir sendiri untuk menyerahkan kunci tapi memandangkan apartment masih dibersihkan, beliau membenarkan luggage yang besar gedabak itu ditumpangkan sementara kami pergi berjalan-jalan sementara tunggu untuk check in. How shuuweettt! Save duit sebab tidak perlu menyewa locker.

Memandangkan kami memilih untuk tinggal di area CBD, banyak penjimatan duit kerana hanya menggunakan free tram sepanjang masa kecuali jika keluar dari kawasan free tram. First pitstop haruslah melawat Queen Victoria Market yang famous tu! Belum apa-apa hal lagi mommy da start shopping, mengucap panjang daddy. haha Bila da jejak kaki ke situ, jangan lupa try donut panas tau! Sedap tu subjektif jadi mommy rumuskan, oklaaaaa cukupla untuk merasa. Untuk terngiang merindui, masih belum lagi. haha 

So, apa ada di Queen Victoria Market?
Semua pon ada di sana. Kesemua souvenir mommy beli dari situ. Murah dan banyak pilihan. Keychain, tshirt, sweater, stokin, barangan dapur, barangan basah etc 
Mommy repeat datang ke market ni hampir setiap hari sepanjang percutian kecuali hari rabu. Tips mommy ingin share ialah datanglah jika sebolehnya hari Ahad sebab harga lebih murah berbanding hari biasa. Tshirt yang dibeli $5 sehelai boleh dapat $4 sehelai pada hari Ahad. Jika borong sampai 10 helai, bukan ke penjimatan sehingga $10 boleh dibuat? Lepas 10 cup kopi di 7-11.. haha

Memandangkan masing-masing masih penat terutamanya anak-anak, kami buat keputusan untuk pulang berehat di apartment sambil minum kopi panas $1 di 7-11. Nikmat tak terkata...Esok perjalanan jauh nak ke Phillip Island pula.. weehooo

gambar dari hadapan apartment AirBnB

The famous hot doughnuts

jaga-jaga Nanny da sampai untuk memborong

hello Melbourne








 






No comments:

Post a Comment