jemarimommy.blogspot.com

Thursday 13 July 2017

Ladies Night di GreenBox Aeon Bukit Tinggi Klang

Mommy tidak ingat kali terakhir mommy menjejakkan kaki ke sebarang aktiviti karaoke semenjak berkahwin dan menjadi mommy. Rasanya kali terakhir pun adalah hampir 4 tahun sudah dan selalunya mommy lebih menggemari Redbox Karaoke berbanding dengan tempat yang lain. Tiada sebarang sebab, hanya special and personal preference.

Selasa lepas, mommy di antara jemputan yang bakal memberikan kejutan sambutan hari lahir salah seorang rakan sekolah yang sudah lama tidak bertemu sejak meninggalkan bangku persekolahan tahun 2001. Kami memilih untuk bersama-sama meraikan hari gembira tersebut di GreenBox Aeon Bukit Tinggi Klang kerana jaraknya yang lebih dekat. Dan nyata pilihan tersebut tepat memandangkan malam tersebut merupakan ladies night dan kami hanya dikenakan RM25 untuk sekepala termasuk makanan/minuman/tidbits. Murah kan?

Ada seleksi makanan yang boleh dipilih. Memandangkan sedap tu adalah perkara subjektif, jadi mommy merumuskan makanan dia ok je. Memadailah dengan harga yang dibayar. Seleksi lagu pon banyak, bilik luas dengan 3 microphones dan sound system pon ok. Cukuplah untuk melepaskan gian untuk menjadi penyanyi untuk malam itu. 

Aktiviti untuk mommy habis awal malam tu sebab teringatkan esok nak kerja dan anak yang masih menunggu di rumah. Tapi buat sesiapa yang ingin cuba, boleh lah try bakat nyanyian tu sehingga tutup jam 1 pagi ok?




Kaunter masuk ke Greenbox
kaunter secara upclose

senarai harga

dekorasi di siling Greenbox
seleksi makanan yang boleh dipilih


kaunter bar air panas dan sejuk bersama tidbits

No comments:

Post a Comment