jemarimommy.blogspot.com

Monday 10 July 2017

Panduan Mendapatkan Anak Kembar

Truthfully, Mommy tak pernah terfikir mommy akan mendapat anak kembar walaupun selalu terlintas alangkah bagusnya kalau diberi peluang tersebut. Dan sememangnya, mommy diberi anugerah untuk berpeluang mengandung, melahirkan serta membesarkan anak kembar perempuan. Masing-masing seberat 2.5kg dan 2.3kg semasa lahir. Sekarang da berumur 2 tahun 6 bulan, panjangnya akal mereka adik-beradik. Abis tenaga dan bukan lemak untuk mengejar tumbesaran mereka. Salah satu pengalaman terindah. Semasa kecil, asyik cakap "cepat sikit besar" dan bila da besar sikit "tolong jangan membesar cepat sangat". Tipikal kan?



Sepanjang mengandung kembar ni, Alhamdulilah mommy tidak mengalami sebarang morning sickness. Mommy pon takde mengidam. Senang betul daddy sebab melayan mommy yang agak tidak banyak karenah kecuali minta diurut sebab lenguh tubuh badan. Thank you daddy!!

Langkah yang perlu diambil semasa mengandung kembar

1. Pemeriksaan pre-natal yang lebih kerap.

Sepanjang mommy mengandung kembar, mommy berjumpa doktor 2 kali sebulan untuk pemeriksaan rutin. Mommy bersalin di hospital swasta, jadi setiap kali pemeriksaan dibuat, doktor akan memastikan mommy buat scan agar dapat monitor tumbesaran anak di dalam kandungan.

2. Pertambahan berat badan
Mommy gained weight hampir 25kg semasa mengandung kembar dan hampir-hampir disahkan positif kencing manis time ngandung. Not good, not good! Jadi doktor pastikan mommy jaga pemakanan agar berat badan lebih teratur serta buat pemeriksaan sendiri di rumah untuk monitor tahap darah menggunakan alat tertentu yang boleh dibeli di farmasi.

3. Ambil nutrien tambahan
Semasa mengandungkan Abang, mommy takde masalah untuk makan ubat Obimin tetapi kali ni, mommy memang tak boleh telan  langsung ubat tersebut. Bau pon boleh mengundang mual yang berpanjangan. Jadi doktor sarankan untuk makan ubat supplement yang lain. Sila dapatkan preskripsi doktor terlebih dahulu sebelum consume sebarang ubatan tau!

4. Perbelanjaan yang tinggi
Penyediaan untuk menyambut orang baru sememangnya memerlukan perbelanjaan yang banyak. Apentah lagi bila melibatkan kembar. Pelbagai perkara boleh berlaku. Nasib baik mommy sudah siapkan terlebih dahulu perbelanjaan jika terpaksa membuat c-zer walaupon di hati ingin melahirkan anak secara normal. Jadi, sila bersedia dengan segala kemungkinan.

5. Anak tidak cukup bulan
Alhamdulillah mommy sempat merasai kandungan cukup bulan. Tapi itu pon, mommy demam teruk sehari sebelum kelahiran sebab tenaga badan yang tidak mencukupi.

Ramai juga datang bertanya pada mommy dan daddy tips-tips untuk mendapatkan anak kembar sebab masing-masing kepingin. Kalau tak pon, bila berjalan bersama..anak-anak kembar mommy yang seiras ni selalu mencuri tumpuan orang. jadi pertanyaan wajib seperti "anak kembar ke?" adalah perkara biasa buat kami.

Di bawah mommy senaraikan antara cara-cara yang digunakan untuk mendapatkan anak kembar hasil perkongsian Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung.

CARA-CARA MENDAPATKAN ANAK KEMBAR

1. Genetik
Mommy dan daddy mempunyai genetik kembar. Tidak dinafikan genetik memainkan peranan penting untuk mendapatkan anak kembar, di mana peluang adalah lebih besar daripada meraka yang tidak mempunyai genetik tersebut.

2. Umur
Dikatakan mereka yang lebih berumur atau sekitar 35-40 tahun mempunyai peluang yang lebih besar untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi tidak semestinya mereka yang tidak mencapai had umur yang sedemikian, tidak mempunyai peluang langsung tau! sebab mommy mengandung kembar pon sekitar umur 30 tahun.

3. Bilangan anak
Turut dikatakan bahawa bilangan anak yang ramai juga turut menyumbang kepada peluang melahirkan anak kembar. Malah jika anda pernah mengandung kembar, kebarangkalian untuk mengandung kembar buat kali kedua juga adalah turut tinggi.

4. Berat badan dan ketinggian
Rata-rata kawan mommy mengetahui bahawa berat badan mommy naik dengan mendadak sejurus selepas mengandung Abang dan nampaknya baby fat tersebut tidak mempunyai tanda untuk menghilangkan diri. Rupanya berat badan tersebut turut menyumbang kepada peluang mommy untuk mengandung anak kembar.

5. Diet
Kajian mendapati wanita yang mengambil produk tenusu mempunyai lebih peluang untuk mengandung kembar. Jadi rajin-rajinkan lah diri untuk makan dan minum produk tenusu ye? Boleh juga cuba lebihkan makanan berasaskan kentang dan ubi.

6. Menjalani rawatan kesuburan
Sebarang pengambilan dan rawatan kesuburan ni, perlu dirujuk dan meminta pandangan daripada doktor pakar terlebih dahulu. Takut nanti ada yang tidak sesuai pula.

7. Doa 
Amalkan doa untuk mengandung kembar. Antara surah-surah yang boleh di amalkan ialah:-

a) Surah As-Saafaat Ayat 120
b) Surah As-Syura Ayat 50

Sebagai manusia, kita hanya boleh merancang dan berusaha. Selebihnya tawakal dan serahkan padaNya. Sesungguhnya, Allah adalah sebaik-baik perancang.


No comments:

Post a Comment