jemarimommy.blogspot.com

Wednesday 5 July 2017

A U T M N S E O U L 2 0 1 6 (DAY FIVE & SIX) Nami Island -Jade Garden -Lotte World

DAY FIVE

gilooo banyak part mommy buat untuk ke seoul ni..sila bertabah semua untuk membaca. kan membaca itteww jambatan ilmu..hahaha

sepatutnya cadangan asal, mommy patut pegi ke Nami Island pada hari yang ke-4 tetapi tiket duduk bernombor abis plak serupa pisang goreng panas. maka, rancangan tergendala ke hari-5. and pagi ni sejuk bukan main lagi sehingga capai ke paras 10-12'c sebab hujan sejak awal pagi sampai kul 9 pagi tak reda-reda. mengambil nasihat tour guide, daddy terus buat lambaian hormat pada teksi untuk bawa ke train station. 

naik train express ke Nami Island ni ada 2 jenis seat. samada seat yang bernombor sepertimana mommy beli atau free seat. selain ada sedikit perbezaan harga, kelebihan seat bernombor ni, kita boleh halau orang yang gatai duduk kat seat kita dengan sewenang-wenangnya. perjalanan mengambil masa hampir 1 1/2 jam ke 2jam. mommy da siap-siap beli makanan sebagai snack di tengah jalan. nasihat mommy, sila beli tiket ke Nami Island ni lebih awal untuk mengelakkan fully book. mommy diberitahu, tiket selalu sold out bukan sbb orang pegi berjalan tapi sbb ada yang pegi bekerja kat sana. tiket pegi balik tau!

lepas tiba, kena naik teksi pegi ke jeti, then beli tiket kat jeti utk masuk ke Nami Island. tak remeh cuma time tu masih hujan, jadi segalanya agak leceh sbb takut anak-anak sakit kat sana. berpayung, berhood, tutup pakai kain, berlari laju mcm pelesit semata-mata nak mengelakkan hujan.

tapiiiiii segalanya worth it once mommy jejak masuk ke Nami Island. untung pegi time autumn sbb kaler kuning oren hijau je pemandangan..!! makan lunch pon senang dan mengikut tekak belacan daddy si pemilih makanan.

selain naik bot, korang boleh try naik zipline ke nami island tau. cuba tgk bahagian atas kiri gambar yang ada garisan tu, tula garisan zipline

antara kedai-kedai makan yang ada dan menjadi pilihan hati
makanan nasi ayam jugak yang dicari di pulau nami


lompatan gegaran nami island

hi nenek

pasangan autumn in my heart di nami island


lepas abis jelajah pulau nami, mommy bergerak ke Jade Garden. a beautiful garden yang kurang didedahkan kepada malaysian jadi mmg tak ramai orang walaupun tempat dia cantik. honestly, mommy pon baru first time dengar time tu dan agak kesal sbb tak buat research yang mendalam tentang tempat ni jadi explore secara buta je. hewheww..


entrance jade garden

acah-acah photograpy by our tour guide

daddy yang kepenatan
path yang merupakan tanah kayu halus tau bukan pasir/batu

pegi 2 tempat ni pon da makan masa 1 hari suntuk dan kene ambil kira gak perjalanan balik ke seoul dan tiket train yang da dibeli, so kami pon bergerak balik sambil pegang cawan kopi untuk memanaskan jari jemari yang sejuk dan acah-acah hipstuuurr...haha

DAY SIX

actually, rancangan asal mommy dari Malaysia adalah nak ke Everland tetapi transport kereta takde plak yang available pada itu jam dan mommy rasa agak leceh utk pasang dan angkut stroller menaiki bas sungguhpon ada bas express. dan dengar katanya agak jauh jugak perjalanan. penat semalam berjalan pon xabis kebah lagi dah nak start berjalan balik? soooooooo, mommy tukar plan ke Lotte World sahaja. dekat dan senang dan kecik dan cepat balik utk packing barang dan sempat singgah shopping saat akhir di nandaemon dan myeongdong..ehh, banyak betul dan. hahaha

utk perbandingan yang senang dilihat antara everland dan lotte world ni, mommy merujuk kepada themepark yang ada di sekitar malaysia jela eh.. 

everland mcm sunway lagoon -- besar, ada water park dan dry park dan segala bagai park/attractions
lotte world mcm genting highland -- tak sebesar sunway tapi ada indoor dan outdoor, dan tiada waterpark

korang pilihla sendiri nak jalan ke mana satu. 

personally, lotte world ni lebih sesuai untuk toddlers and kids terutamanya sbb permainan dia takdela sescary mane pon. setakat utk mommy acah-acah jerit bolehla..haha dan please be prepared utk menunggu di barisan yang super panjang, sbb sentiasa penuh dgn muda-mudi korea yang dtg bersukaria kat situ.


pintu south untuk ke lotte world bertemakan happy halloween

skating rink

pemandangan luar lotte world

happy halloween parade

hello lee kwang soo oppa

da puas main dan singgah ke Hard Rock Lotte dan membuat detour shopping terakhir, mommy siap-siap nak balik packing..esok balik malaysia oiiii!! tanakkk balik boleee takkk???

No comments:

Post a Comment