jemarimommy.blogspot.com

Saturday 15 July 2017

Jalan Jalan Japan - PRELOVED

Siapa peminat barangan preloved atau second hand? Jika anda merupakan seorang peminat dan pengumpul tegar, jangan lupa untuk try tempat baru preloved ni, Jalan Jalan Japan di One City Subang Jaya. Ini merupakan kali ke-tiga mommy menjengukkan diri di kedai ini dan sentiasa tidak menghampakan. Deretan pelbagai barangan dari Jepun ini yang tersusun kemas mengikut slot masing-masing menyenangkan para pelanggan untuk melihat dan membuat pilihan. Kedai dua tingkat cukup besar untuk menampung dari sebesar-besar barangan seperti perabot ke sekecil-kecil barangan seperti subang/anting-anting.

Antara turut yang ditawarkan adalah

  • kelengkapan bayi - stroller, baby bath tub, car/baby seat
  • barangan sukan - golf, tennis, badminton, peralatan gym
  • beg - beg tangan, beg sandang, beg tarik (travelling trolley bag)
  • permainan - patung anime, teddy bear, push car, educational toys, board game
  • pakaian - winter coat, sleeveless, baju budak dan dewasa, jeans, pakaian rasmi kimono
  • barangan kaca dan pinggan mangkuk
  • barangan perhiasan - gambar dinding, patung orang jepun, pasu
  • kitchenware pinggan-mangkuk, cawan vintage
  • kasut - pelbagai jenis kasut boots, kasut sukan, kasut tinggi

Ingin dikabarkan kepada smua bahawasanya ketika mommy menjejakkan kaki di sini, jualan murah sedang dilakukan. Mungkin clearance untuk kemasukan barang baru. Harga yang memang sedia murah lagi bertambah murah. Memang rambang bila memilih. Boleh terperok mencari khazanah berjam-jam lamanya tanpa sedar di dalam kedai kerana terlalu asyik memilih. Total pembelian mommy kali ni untuk 2 selendang dan 1 beg kecil hello kitty cuma berharga RM5 sahaja. Murah dan berbaloi kan?

Semasa di dalam perjalanan menggunakan escalator turun untuk pulang, ada event yang sedang berlangsung di lobi utama One City. Bila diselidiki, rupanya penyanyi Shila Hamzah sedang membuat 'Meet The Fans Session' sambil mempromosikan tiket konsert yang bakal berlangsung di Arena of Stars, 26 Ogos ini. Mommy terus mengambil peluang untuk mendapatkan 2 poster kecil berautograph untuk kenangan. Ini baru rare trip ke kedai preloved kan?

Pandangan luar One City Mall


3 helai RM5. murah oii

pilihan scarf dari RM1 sehingga RM3 sehelai

Buku tulisan jepun yang percuma untuk pelanggan

contoh buku yang dipamerkan

antara patung anime yang turut dijual
anyone minat Japanese Doll untuk collection?

Gelas kaca pelbagai bentuk dijual RM1 sebiji

pinggan kecil bercorak hanya RM9 untuk 3 keping

flowery pot RM30

deretan mainan kecil

baju kanak-kanak yang boleh dipilih

stroller

toys

beg dan kayu golf second-hand

kasut boot RM10 sepasang

anime in a pot RM2

pemandangan dari atas. WOOOWW barisan baju yang panjang kan? puas membelek

eh, ada signing session la?

yesss! dapat signature Shila Hamzah

No comments:

Post a Comment