jemarimommy.blogspot.com

Tuesday 4 July 2017

A U T U M N S E O U L 2 0 1 6 (DAY THREE) Ehwa University -Dongdaemon

DAY THREE

selepas kenyang makan breakfast kat umah, kali ni dalam jadual kami nak pegi ehwa university. melalui research mommy sebelum ni, dikatakan kawasan ni jual barangan murah-murah belaka sebab target group dorang adalah students. so lets cikedut..

bila sampai area ehwa dan hongdae ni, ibarat kita tgh berjalan di seksyen 7 shah alam. penuh gan barangan/makanan murah dan students. tp murah mcm mana pon, mommy hanya grab stokin je..by day 3, mommy da xbole kira da berapa banyak stokin mommy beli smpi daddy pon perli. tapiiii stokin dorang cute kowt!

tapi perjalanan day 3 ada sikit kurang kick sbb by 11am da hujan. dan biasala kudrat 3 orang menolak stroller smbil pegang payung nak elakkan anak-anak basah, seriously mengambil tenaga yang banyak. hujan start rintik once mommy jejak je kaki dlm ehwa university. adakah ianya satu petanda yang mommy harus sambung study kat sini? ehemm~~ and why ada perasaan yang sgt familliar gan tempat ni? mesti kes banyak sgt tgk running man ni..haha

mesti ramai nak tanya, why and why university pon nak masuk dlm must see list?

1. sebab lanskap dia yang sgt mengagumkan lebih-lebih lagi mommy datang semasa autumn. jadi pemandangan merah, kuning dan hijau semata..subhanallah, cantiknya!! even running man pon selalu buat shooting kat sini.

2. outstanding architecture. bagi peminat buku dan rekaan, wajib datang dan bergambar depan library dorang yang memanjang can cantik itteww..

3. universiti wanita ni merupakan one of top universities in Korea.

4. barangan shopping dan foodstreet yang murah dan lazat..nyum nyum



disebabkan cuaca yang tidak menyebelahi, kami cepat-cepat naik subway utk bergerak ke tempat seterusnya. kami tiba di 3 shopping mall di hadapan dongdaemon ( Doota Mall, Migliore Mall dan APM Mall).

truthfully, mommy hanya sempat pegi 2 malls je sbb xcukup masa. tapi apa yang mommy bole share ialah Migliore Mall sungguhpon lebih murah tetapi di dalam mall tersebut agak padat dan sempit. sukar nak tolak stroller dlm mall tanpa langgar kaki orang..tapi baju-baju mmg murah dan cantik. bagi Doota Mall pula, harga sedikit pricey dari yang pertama td tapi lebih luas dan stroller friendly. mommy straight pegi ke tingkat 5 ( kids department). kat situ je mommy abiskan keseluruhan masa yang diperuntukkan oleh tour guide. geram betul tgk baju comel2 dan xnampak kat malaysia.mommy belikan anak-anak semua sepasang baju dan kasut. first time nampak kasut berlampu yang rechargeable utk budak. perasaan mummy? terus grab dan abis cite.

nota kaki tambahan: mommy diberitahu kebanyakkan jenama yang ada kat Doota Mall xde jual kat Malaysia. frankly mommy tak penah check before or after trip.

mommy tak sempat stay smpi malam untuk menikmati bunga LED kat dongdaemon disebabkan hujan yang xberenti dari tengahari td. takut nanti anak-anak jatuh sakit while berada di negara orang. payah nanti. tapi kalau korang semua sempat, mommy suggest utk pegi tau! and jgn lupa share gan mommy!!

abis da hari ke 3. till then dari mommy yang basah kuyup!

must take photo of the day

katanya song jihyo adalah duta. frankly, mommy xpasti tp apa yang pasti mommy tetap membeli kasut dan topi

mommy dan putera ke 10 *scarlet heart*

padang ehwa university. ingat lg x padang ni? running man penah shooting kat sini. antara yang mommy paling ingat ialah episod 236 'Real Man Race'

ehwa street




the very famous ehwa women university library


No comments:

Post a Comment