jemarimommy.blogspot.com

Wednesday 5 July 2017

A U T U M N S E O U L 2 0 1 6 (DAY FIVE) Nandaemon Market -Itaewon -Seoul World Cup Stadium -Haneul Park

DAY FOUR

Lama sgt-sgt mommy tertangguh untuk hapdate blog ni. banyak sgt hal yang perlu diselesaikan jadi mommy hold untuk hapdate blog ni...ok, sekarang da masuk hari yang ke-empat mommy di bumi seoul indah nan permai dengan angin sepoi-sepoi bahasa menggigit tulang temulang menembusi isi badan mommy yang padat.. lol

Hari ni mommy bercadang untuk pergi bershopping.. well, tiap-tiap hari pon mommy shopping tapi kali ni mommy nak try pergi pasar dia yang dikatakan jual barang souvenir yang murah-murah. mujurlahhhhh... rumah yang mommy sewa hanya berdepan dengan nandaemon market yang femes emes ittewww.. ( dan mujur juga mommy hanya perasan pada hari yang ke-4, kalau perasan awal maunya wallet kempis sbb tiap-tiap hari menyinggah di sini hewheww..)

  • apa yang boleh dibeli?
  • apa yang ada di market tu?
  • murah sangat ke barang yang boleh dibeli?
  • apa yang WAJIB dibeli?
  • berapa besar market tu?
  • berapa lama diperlukan untuk explore market tu?
  • stroller friendly?
  • bila timing yang paling sesuai menjejakkan kaki di situ?

semua benda boleh dibeli sebab selain harga yang murah, sebenarnya ada banyak pilihan yang boleh dibuat semasa nak membeli.. kiranya di antara nak atau taknak beli je. cuma mommy kebanyakkannya bergantung kepada ketebalan dan kekempisan wallet pada tarikh tersebut je. disebabkan market tu adalah super besar dan bertingkat-tingkat, agak lama jugak masa yang diperlukan untuk explore. unless korang tau apa yang nak dibeli jadi bole straight tuju je ke area tersebut. peringatan daripada mommy, perasaan jumpa market tu serupa macam jumpa lubuk emas cuma perbezaannya lubuk ni tarik duit kita untuk berbelanja lagi ada. jadi pepandai sendiri menjaga keimanan semasa membeli belah... hewhewhewww

dalam pada kempis kembung kempis wallet mommy tu, sempatla capai pelbagai souvenir wajib untuk kengkawan --> beg dompet korea, set utensils, keychain, fridge magnet, brooch, gelang etc etc etc

and since mommy pegi time autumn, baju sejuk dia dijual murah-murah lelong lelong harganya. mommy diberitahu oleh tour guide yang baju jual lambak camni adalah baju sejuk preloved but heyy..kualiti masih elok, tebal dan selesa, some look like new items dan murah. jika nasib baik dalam mengganas timbunan manja baju-baju tu, jumpla baju yang masih trendy dan tak lapuk dek zaman. sesiapa yang suka treasure hunt, bagus sangatla join aktiviti ni..and owhh, mommy beli sampai 5 helai kot. selai dalam RM15-20.. nak pakai pegi gym biar membanjir peluh, eh?? hahaha

stroller friendly? yes..unless kalau nak panjat tangga untuk ke area brooch and gelang korea yang maha femes emes itteww.. dan timing paling sesuai adalah tertakluk pada selera masing-masing sbb mommy paling suka pegi pagi-pagi atau lewat petang sbb orang tak ramai dan boleh minta diskaun byk sikit.

panjangla plak cite ke nandaemon ni.. semangat mommy bercerita bila masuk bab shopping kan? haha


ni gamba time mommy kat ewha. mommy cuma nak tunjuk baju sejuk RM20 mommy beli secara preloved kat nandaemon tu je..

pilih capai pilih capai nenek

nenek bertemu ahjumma berbincang tentang diskaun

lepas tu mommy bergerak ke itaewon untuk makan lunch dan bungkus dinner, hahaha..awal nau

tak sah kalau pegi itaewon tak singgah masjid dia yang cantik itteww dan makan-makan umpama tourist di kedai halal yang berlambak kat area situ. nothing much mommy buat kat situ sbb memang datang utk makan je pon. hehe

deretan kedai di itaewon

pintu ke masjid

kedai makan siti sarah. daddy tengah tunggu ayam golek dia dalam gaya gengster


demi untuk menjaga hati daddy yang tidak keruan sbb balik-balik je hajat dan impian mommy nak tengok kpop, maka kami dibawa pula ke Seoul World Cup Stadium dan seterusnya berjalan terus ke Haneul Park.

berjalan kaki dari seoul world cup stadium ke haneul park

merentasi terowong


stadium park


ni nak cite sikit tentang Haneul Park during autumn. pernah dengar tentang silver grass?? pemandangan di mana rumput-rumput tu berwarna silver dan melambai-lambai je ditiup angin. SERIUS CANTIKKKK!! dan katanya hanya wujud time autumn sahaja. sadly, mommy tak naik sampai ke puncak although da sampai sbb nak menunggu buggy tu, beratur bukan main panjang dan memasing da penat selepas menapak seharian. 

silver grass di haneul park credit: google


untuk hari yang ke 5 dan ke 6 nanti mommy post bahagian lain k? sbb sekarang mommy nak g breakfast sat.. kbai peeps


No comments:

Post a Comment