jemarimommy.blogspot.com

Sunday 9 July 2017

Handmade Quiet Book untuk Trio

Mommy mulakan projek quiet book atau buku aktiviti ni selepas terpengaruh bila tengok listing handmade mommy di pinterest dan google. Dan projek ni mengambil masa untuk disiapkan sebab mommy yang kekangan masa dan kalau boleh, semuanya mommy nak jahit sendiri dan bukan hanya tampalan guna gam. Dengan harapan bolehla lama sikit pakai dan tahan lasak menghadapi anak-anak mommy yang sedikit buas tahap curiosity mereka.

Sebelum mommy start projek ni, mommy buat research sikit apa yang sesuai bagi peringkat umur anak-anak mommy. Ada terlalu banyak idea yang boleh diambil untuk meningkatkan dan mengasah skill-skill mereka. Dan mommy memilih hanya sebahagian contoh idea yang mommy rasa boleh disiapkan dengan kudrat jahitan mommy yang agak amateur ini.

Kebaikan Buku Senyap / Buku Aktiviti
Buku ni adalah antara cara terbaik untuk anak-anak duduk diam sambil buat aktiviti yang merangsang motoring skills mereka. 

credit: google
yes para daddy dan mommy yang boleh sangat-sangat co-relate gan image di atas. Kesenyapan mereka adalah satu perkara yang boleh mendatangkan kecurigaan. Sepertimana yang mommy selalu kena dan mangsa wajib slalunya adalah bedak. 

  • Merangsang motoring skills
  • meningkatkan koordinasi mata dan tangan melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan macam mengikat reben, pakai butang baju dan testing daya ingatan.
  • boleh meningkatkan daya menyelesaikan masalah dan mengasah cara penyelesaian melalui menyusunsuai puzzles, mengasingkan mengikut warna dan sebagainya.
  • mengajar anak cara untuk mengikat tali kasut atau memakai baju sendiri atau cara memberus gigi (perkara harian) dengan cara yang lebih santai dan menarik
  • boleh dibawa ke mana-mana. sebagai contoh, boleh digunakan di dalam flight untuk keep them entertain sehingga sampai ke destinasi

sebenarnya banyak je kebaikan buku aktiviti ni. Mommy baru dapat siapkan koleksi buku aktiviti ni tapi malas sungguh nak ikatkan semua. So, mommy ingatkan nak letak je dalam satu bekas fail. dan mommy terpaksa la tukar dari BUKU aktiviti kepada HELAIAN aktiviti. haha

Bahan-bahan yang diperlukan

  • kain felt pelbagai warna dan corak boleh dibeli di Daiso ataupun kedai-kedai online.


  • kain corak perca atau fabrik pelbagai corak

  • velcro (pelekat). boleh dibeli di kedai peralatan menjahit



  • pelbagai jenis dan warna butang


  • batang aiskrim dan zip warna-warni. mommy beli kat kedai RM2



Contoh Buku Aktiviti #handsewnwithlovebymommy
Antara contoh-contoh yang mommy boleh kongsikan bersama. Sila abaikan jahitan tidak kemas dan berlainan warna ittewww..

memory kad guna kain

contoh memory kad guna kain.

main lekap-lekap dan membina chain panjang

cara guna butang corak belon warna-warni

corak 2 : pasu bunga

cara guna butang mengikut kaler

cuci baju guna wahing machine. utk tutup pintu, mommy gunakan butang ketip baju

lepas cuci, kita sidaiii

guna clothes pin kecik. mommy beli kat Daiso

puzzle guna corak lelayang

bole lekat guna velcro. boleh beli guna meter kat kedai peralatan menjahit

dress me up. abaikan muka dia yang agak scary mery tu.haha

colour me rainbow yang tak cukup kaler. suai padan kaler dengan corak guna butang ketip

drive me to town. mommy guna gaya simple je untuk setiap bangunan. ada banyak contoh lain yang lebih susah, mommy tak mampuu --__--'

cara ikat reben di baju

sebelum ikat reben

Mommy masih ada beberapa keping kain felt untuk diabiskan. Moga mommy mampu untuk abiskan kesemuanya. Dan moga buku aktiviti ni mampu bertahan selama mana mommy ambil masa nak buat. hewhewhewww...




No comments:

Post a Comment