jemarimommy.blogspot.com

Thursday, 16 November 2017

MELBOURNE 2017 - (DAY TWO) - PHILLIP ISLAND

Awal pagi lagi mommy da bangun untuk siapkan breakfast beserta makanan untuk berpiknik atau kudapan sepanjang perjalanan ke Phillip Island nanti. TAZABARRNNYYAA !! Cuaca cerah bertukar mendung lepastu sedikit hujan rintik then cerah semula beserta windy dan mendung kembali sebelum cerah sehingga ke petang. Begituuuuuu..betapa tidak stabilnya cuaca di Melbourne sepertimana orang selalu berkata 4 musim dalam sehari. Jadi, packinglah baju seadanya..

Mommy request untuk pickup kereta dari cawangan Avis yang bertempat di sekitar Franklin Street. Memandangkan mommy meletakkan masa pengambilan kereta lebih kurang jam 8.00 pagi, gagah mommy kejutkan anak-anak dan daddy untuk bersiap dengan mata yang layu. Lepas breakfast dan packing, kami naik tram untuk pergi ke Avis. Semasa booking online, mereka ada sertakan sesalinan voucher. JANGAN LUPA BAWA VOUCHER TERSEBUT. dan sila hadir pada masa yang ditetapkan sebab mommy ada terbaca (tak pasti di mana) jika hadir lambat semasa proses tersebut, berkemungkinan kereta yang ditempah akan direlease kepada orang lain. Jangan jadikan perkara seperti ini men-spoil-kan mood percutian anda.

Proses pengambilan berjalan lancar cuma ada sedikit isu tentang cara penggunaan GPS. Almaklumla selama ini hanya menggunakan waze, bila pakai GPS agak terkelu seketika. Tapi alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Bila setting je GPS, lets go!! Perjalanan lebih kurang 2.5jam atau 143km menggunakan freeway untuk ke Phillip Island.



Sepanjang perjalanan, mommy betul-betul rasa teruja. Mana tidaknya, di kiri dan kanan penuh pemandangan yang indah belaka. Teruja bila terasa memasuki bandar kecil mereka seperti yang selalu kelihatan di dalam filem. Ternampak pula motel di pinggiran bandar. Teruja seperti anak kecil tapi anak kecil mommy semuanya busy tido atau bermain ipad. haha

Mengikut perancangan, banyak tempat mommy nak jelajah di Phillip Island tetapi agak kekangan masa. Jadi mommy hanya sempat ke The Nobbies dan Maru Koala & Animal Park sambil drive thru Panny's Chocolate Factory walaupun mommy teringin nak singgah di A Maze'N Things dan Churchill Island Heritage Farm. Jika berkesempatan, mommy sarankan untuk melihat wild penguin parade di kala senja.

Jika melihat peta, The Nobbies terletak di penghujung pulau tersebut dan berada di puncak bukit. Once keluar je dari kereta, angin kuat bertiup beserta hujan, hampir terbang tudung dibuatnya. Cepat-cepat grab si kecil dan menuju ke The Nobbies Centre untuk berlindung sambil minum kopi dan makan kudapan yang dibawa. The Nobbies Centre merupakan tempat ecopelancongan yang terletak di bahagian barat pulau. Dari situ, kita boleh melihat Seal Rocks, The Nobbies, dan The Blowhole. Sebaik saja cuaca bertukar cerah, kami cepat-cepat pergi mengambil gambar di boardwalk The Nobbies. Seriously, di situ saja sudah beratus kali mommy mengambil gambar.

Dari situ, mommy terus bergerak untuk melihat kangaroo dan koala lebih dekat di Maru Koala & Animal Park. Semasa di kaunter, petugas memberitahu ramai pelancong dari Malaysia yang datang melawat pada hari yang sama. Malah ada beberapa muka yang mommy perasan berada di dalam flight yang sama dari Malaysia berada di situ. Macam reunion pula rasanya. Mommy habiskan masa lebih kurang sejam di sini menikmati pemandangan sementara melihat (dari jauh since mommy tak berani) anak-anak, daddy dan nanny memberi kangaroo makan. Jangan risau, kangaroo di sini semuanya jinak-jinak belaka.

Akibat kekangan masa kerana ingin memulangkan kereta jam 5 petang, kami bergerak balik ke CBD dan sampai lebih kurang jam 5.30 petang di Avis. Sebelum pulang ke apartment, kami singgah makan lunch/teatime/dinner di Pondok Rempah terletak berdekatan Queen Victoria Market sederet Mc Donalds. Sedap, murah, portion besar, cepat dan yang pentingnya halal. 

Masing-masing pengsan bila sampai di apartment. Baik rehat awal dan prepare diri untuk keesokan harinya ke Brighton Beach. weweweeee... 

roadtrip !!

cheesecake berlatarbelakang view yang ohsemm

The Nobbies boardwalk.

Maru Koala & Animal Park

Hello Koala !!

Daddy bagi kangaroo makan. Kesian dia buta

mereka yang berani

mommy yang penakut mampu ambik gambar scenery sahaja..huhu


kangaroo yang kenyang dan sombong taknak diberi makan. haha

jarak dari Avis ke Pondok Rempah


No comments:

Post a Comment