jemarimommy.blogspot.com

Tuesday, 27 February 2018

ROADTRIP KE SERI ISKANDAR, PERAK

Awal bulan Februari lalu, kami dijemput merai serta meramaikan majlis penikahan saudara sebelah suami di Seri Iskandar, Perak. Truthfully, ini merupakan kali pertama kami menjejakkan kaki ke sini. Jadi perasaan excited tu memang tidak boleh dinafikan lagi. Perjalanan dari Klang mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah.

Sungguhpun keluarga pengantin menyediakan homestay tetapi daddy menolak pelawaan tersebut dan membuat tempahan hotel di kawasan yang berdekatan, Hotel D yang sebangunan bersama Pasaraya Billion. Nyata ianya merupakan pilihan yang bijak. Bukan hanya dekat dengan pasaraya, tempat shopping dan warung makan malah kedai kegemaran ibu dan anak-anak 'Eco RM2' pula hanya terletak kurang 2 minit perjalanan dari hotel.

Dengan harga tempahan cuma RM140 semalam, kami mendapat bilik yang besar berdepan dengan taman mini hotel serta voucher sarapan pagi untuk 2 orang berhadapan swimming pool yang boleh tahan keluasannya. Cukup untuk buat anak-anak menghabiskan tenaga muda belia sementara mommy menjamah breakfast. haha

Kami tidak sempat meronda di sekitar bandar memandangkan majlis nikah bermula selepas isyak.

Pada hari kedua, mommy persiapkan anak-anak yang tak sabar untuk mandi di swimming pool sebelum checkout hotel lebih kurang jam 11.30 pagi. Mommy bercadang untuk singgah sebentar di Kellie's Castle semasa perjalanan pulang ke Klang nanti.

Cuaca panas terik semasa kami sampai di Kellie's Castle. Setelah membayar tiket parking dan tiket masuk, masing-masing penuh semangat ingin mengembara istana yang penuh sejarah ini. Daddy je yang gagah memanjat tangga demi tangga di sini untuk mendapatkan view terbaik. Mommy dan anak-anak cuma meronda-ronda di sekitar bawah sahaja. Ingin diingatkan, tangga menuju ke atas termasuk rooftop istana ini agak curam jadi berwaspada semasa mendaki ok?

Semasa perjalanan keluar, kami ditawarkan untuk membeli gambar sekeluarga yang diletak dalam bentuk frame oleh petugas di situ tapi ditolak. Memanglah cantik untuk dibuat kenangan tetapi mengenangkan harga yang hampir RM75, tidak berbaloi rasanya. Mommy abaikan saja.

Selepas singgah di kafe mereka sebentar, mommy mencadangkan agar singgah juga sebentar ke Gaharu Tea Valley Gopeng memandangkan ianya terletak seperjalanan pulang nanti. Tidak sukar mencari Gaharu ini, cuma perlu mengikut signboard friendly di sepanjang perjalanan. perjalanan mengambil masa lebih kurang 10-15 minit daripada jalan utama menyusuri jalan kampung-kampung sebelum tiba.

Entah mengapa mommy membayangkan tempat yang hampir menyerupai Bharat Tea di Cameron Highlands. Yelah, nama pon ladang teh kan? tetapi rupanya mommy tersilap. Untuk pergi menjenguk dan mendapatkan pemandangan yang cantik, kita perlu membeli tiket dan menaiki van yang disediakan. Setelah mommy meneliti routes yang bakal disusuri, mommy membatalkan niat sahaja kerana terlalu lewat petang. Mungkin lain kali mommy boleh allocate masa yang lebih untuk menjelajah tempat sebegini.

Mommy suka betul bercuti di bandar kecil sebegini, Too many things to see and explore but yet too little time. Makanan dan barangan pon semuanya murah-murah belaka. Until next time ok.

Terima kasih Seri Iskandar !!

taman mini di dalam Hotel D





pemandangan dari tingkat 2

kafeteria di Kellie's Castle

entrance masuk ke Gaharu Tea Valley


No comments:

Post a Comment