jemarimommy.blogspot.com

Tuesday 15 August 2017

Sekinchan's Roadtrip - Farmville Homestay


i want to go on a road trip
just you and me
the highway, the radio, the blue sky, the back roads and windows down
we'll talk about everything and nothing
we'll sing our hearts out
and we'll make memories we'll never forget
just you and me

Da lama mommy membuat plan untuk bercuti bersama-sama rakan sejenayah #bfftilljannah tapi memandangkan masing-masing kekangan masa, jadi plan untuk bercuti ditangguhkan buat sementara. Dan akhirnya kami dapat meluangkan masa minggu lepas dan bercuti sehari secara roadtrip ke Sekinchan. Secara kebetulan pula, sabtu malam ahad tersebut dikatakan boleh melihat Perseid meteor shower di kawasan tersebut. How lucky we are kan? Tetapi malangnya, malam tersebut hujan renyai plak. jadi kecundanglah impian kami untuk melakar sejarah melihat meteor shower bersama-sama.

Perjalanan bermula sejak pagi memandangkan pitstop menjamah makanan akan dibuat sepanjang perjalanan ini. Senang je sebenarnya untuk pergi ke Sekinchan buat firsttimer seperti kami. Perjalanan yang mengambil masa hampir 1 jam 20 minit dari Klang nyata menyenangkan kerana hanya perlu memandu secara terus/straight no belok-belok. Sepanjang perjalanan, boleh je singgah sebentar di town-town kecil mereka dan mencuba local dishes yang disediakan. Local dishes tau -- macam berjalan roadtrip luar negara plak, hehe! Tapi seriously, perasaannya tetap sama. EXCITING!! Antara yang popular dan wajib singgah -- cendol bakar, mee udang dan macam-macam lagi.

Kami stay di homestay kontena yang famous di Sekinchan - Farm Ville Cafe & Homestay yang mempunyai pandangan sawah padi yang terbentang luas. First time buat mommy merasa tidur di dalam kontena dan bercuti di tengah bendang. beyond expectation!! very hipster, very instaphoto dengan port-port menarik untuk diambil gambar, kiddies swimming pool, jakuzi dan cctv yang merata. Toksah risau tentang sekuriti kerana hanya tetamu sahaja yang dibenarkan masuk dengan menggunakan access card. Hebat kan? Disebabkan famous, susah sebenarnya untuk mendapatkan bilik kosong bila weekend menjelma. Jadi mommy nasihatkan, buat booking awal dan elakkan walk-in.

Haruslah cuba makan seafood bila sudah menjejakkan kaki di sini. Tetapi melalui research yang dilakukan, kedai seafood yang terdekat telah pun ditutup. Dan kedai seafood yang paling hampir juga memakan masa 35-40 minit perjalanan. Memandangkan sudah alang-alang sampai, kami membuat keputusan untuk pergi juga ke Restoran River View di Kuala Selangor. Pantas, sedap dan affordable cuma parking agak limited. 

Balik sahaja ke Farmville Homestay, kami merancang untuk meraikan belated birthday 3/4 #bfftilljannah. Selepas mommy menidurkan trio, perlulah kembali tujuan asal sebagai meteor shower hunters diteruskan sambil menyanyi mic karaoke dan bermain jengga/uno sehingga jam 1.30 pagi. FYI, sini tiada tv di dalam bilik jadi anggaplah sesi karaoke kami sebagai salah satu hiburan free sementara menunggu meteor. haha. Hampir menjengah jam 1.30 pagi, hujan renyai pula. kecundangla tugas kami sebagai meteor shower hunters. 

Keesokkan paginya, kami check out lebih kurang jam 11.30 pagi dan makan lunch di Restoran Nasi Buluh. Nasi kukus menggunakan buluh --> mommy tak merasakan sebarang aroma tetapi nasi tersebut lembut sebab dikukus dan murah. Hanya RM3 untuk 1 set. 

Banyak juga tempat yang boleh di explore di Sekinchan buat percutian 2D1N buat percutian bersama rakan-rakan atau family. Boleh juga try melawat Perkampungan nelayan di Jeti Sungai Labu, Kilang Beras di Jalan Tali Air 5 dan 3D Art Gallery. Jangan lupa buat wish di wishing tree yang famous tu tau!!

mee udang banjir

cendol durian

pandangan depan homestay

port wajib bergambar

Family room

Farm Ville Cafe and Homestay

Pantai Redang

wishing tree di Pantai Redang

trampolin di bahagian rooftop homestay

berlatar belakangkan sawah padi yang da abis dituai

hello ladies!
 
kid-friendly pool

happy birthday peeps!

cara penyediaan nasi buluh

nasi buluh set ( tak termasuk lauk) di Restoran Nasi Buluh

mangga sebesar lengan


Till next weekend getaway!







No comments:

Post a Comment