jemarimommy.blogspot.com

Monday 4 September 2017

Persediaan Ke Melbourne

InsyaAllah esok mommy bakal menjejakkan kaki buat kali pertama di bumi Melbourne, Australia. Banyak persediaan yang mommy nak buat tapi asyik tertangguh. Memandangkan hanya tinggal sehari lagi, mommy kena double check senarai barang atau perkara yang harus dibuat


Borang cuti ke luar negara
Setiap kali percutian ke luar negara, kelulusan pihak atasan perlu dibuat. Memandangkan kelulusan perlu dihantar sekurang-kurangnya sebulan sebelum penerbangan, mommy telah menghantar kelulusan tersebut seawal 3 bulan sebelum penerbangan. Bukan apa, pernah terjadi mommy terlupa untuk meminta kelulusan, jenuh mommy menjawab sebab atas kelewatan dan sebab kelulusan diminta.

Translation lesen memandu
Jika bercadang untuk membawa kereta, jangan lupa untuk membuat translation lesen memandu di JPJ berdekatan dengan bayaran RM10.

Sewa kereta
Tiada guna membuat translation lesen memandu jika tidak menyewa kereta kan? dan bagi tujuan ini, adalah amat digalakkan untuk membuat advanced booking secara online. Mommy hanya menyewa untuk sehari sahaja untuk ke Phillip Island memandangkan perjalanan yang lain, mommy hanya bercadang untuk menggunakan tram bagi menjimatkan belanja. Turut dinasihatkan agar melihat dan membandingkan harga bagi setiap agensi perkhidmatan bagi mendapatkan harga dan tawaran yang terbaik.

Tempat penginapan
Bagi tempat penginapan pula, mommy memilih untuk menggunakan perkhidmatan Airbnb. Ini merupakan percubaan kali kedua mommy menggunakan perkhidmatan ini dan apa yang boleh mommy rumuskan ialah, ianya adalah lebih menyenangkan dan lebih selesa. Apa tidaknya, bercuti seperti di rumah sendiri. Boleh memasak bagi mengurangkan belanja malah boleh buat laundry sendiri jadi tidak perlulah membawa banyak muatan. Malah rata-rata rate semalam di Airbnb adalah lebih murah daripada hotel tawarkan. Memang sangat berbaloi.

Money changer
Bergantung kepada cara travel anda, jadi tukarlah duit secukupnya. Mommy suka tukar duit di sebuah Money Changer di IOI Putrajaya sederet Maybank. Sebab lepas keluarkan duit kat Maybank, terus singgah tukar duit. Senang! 

Research mengenai tips lawatan
Sila rajinkan diri untuk membuat reserach mengenai tempat lawatan agar tidak terpinga-pinga dan membuang masa semasa telah tiba di perantauan orang. Sudah menjadi kebiasaan mommy untuk membuat itenarari lengkap berserta map, cara ke sana serta harga tiket jika ada supaya calculation boleh dibuat sebagai persediaan.

Print out boarding pass
Check tiket dan hasil muatan. Takut sebelum pergi pon telah melebihi muatan apentah lagi bila nak balik nanti.

Bekalan makanan dan ubatan
Mommy suka bawa bekalan makanan sendiri sebab daddy merupakan lidah jenis melayu. Walaupon boleh je menerima makanan western tetapi masuk hari ke 2 atau ke 3 mesti sudah mula mencari belacan. Haha

Mommy pon sediakan ubatan secara persediaan takut perubahan cuaca memberikan impak kepada anak-anak.

Walau apapon, jangan lupa declare semasa ketibaan nanti tau di airport! dan sila double check apa benda yang boleh dibawa atau tidak boleh dibawa!

Pakaian yang sesuai
Sila sesuaikan pakaian dengan musim yang anda pergi. Tetapi kata orang, musim Australia tidak dapat dijangka di mana kita boleh merasai pelbagai musim dalam masa sehari. Itu orang kata, jadi sebagai persediaan, mommy sediakan juga.

Visa
Jangan lupa apply Visa tau! Boleh buat sendiri secara online ataupon minta bantuan dari pihak agensi dengan sedikit bayaran yang minimal.


Mommy da tazabarrr untuk ke Melbourne. Doakan perjalanan mommy dan anak-anak berjalan selancar-lancarnya tau!


No comments:

Post a Comment