jemarimommy.blogspot.com

Tuesday, 22 November 2016

A U T U M N S E O U L 2 0 1 6 - DAY ONE - AirBnb - MyeongDong

DAY ONE

mommy touch down di Incheon lebih kurang jam 3.20 petang waktu Seoul ( waktu mereka cuma sejam ke depan, baik adjust jam siap-siap) dan terus ke Imigresen sebab queue mereka sangat paaannjjaannggg walaupon ada beberapa kaunter yang dibuka. 

Untuk memudahkan perjalanan, mommy memang da tempah minivan untuk terus ke apartment. sebenarnya ada je cara lain untuk ke seoul yang lebih murah. antara pilihan adalah naik subway atau naik bas. tapi mommy pilih minivan atas 3 alasan yang utama:-

a) total bags yang dibawa adalah 5 yang saiz pon boleh tahan besar. untuk bawa semua beg ni melalui subway/ bas agak impossible

b) bawak 3 budak kecik dan stroller. tak boleh bayangkan camna nak tolak beg dan stroller dalam pada masa yang sama

c) perjalanan pakai minivan pon boleh cecah ke sejam. mungkin double masa jika naik pengangkutan lain.

mommy takut penat naik flight tak hilang lagi, pastu tambah kepenatan nak angkut 5 beg sambil tolak 3 stroller untuk perjalanan sejam dua dengan kudrat 3 orang, masing-masing akan cranky dan mengganggu emosi. better be safe than sorry. minivan pon takdela mahal sangat, hanya 80,000won untuk 1 kereta sekali perjalanan (mommy kene 92,000won sebab suruh driver drop kan betul-betul depan pintu masuk apartment).. tak sempat nak book awal?? takde hal..once reach je airport, boleh je approach kaunter mereka. sediakan je duit siap-siap.

since mommy pakai airbnb, mommy memang da siap2 text owner rumah pukul berapa dijangka sampai. sampai ke sudah mommy tak penah jumpa owner, die cuma text password pintu utama je dan pepandai la buat mcm rumah sendiri (unless ada masalah, boleh je call die untuk fix kan). takyah susah2 nak carry kunci merata-rata, cukup sampai depan pintu taip **** terus terbuka. mommy lupa ambik gamba sendiri dalam umah, almaklumla excited sangat..tapi mommy amik gamba yang owner amik sendiri

ni bilik pertama yang ada bathroom sendiri. dalam bathroom tu ada washing machine bg yang rajin nak cuci baju. mommy guna je sbb bawak baju limited. utk bilik ni, dia ada sediakan extra lagi 2 tilam, total boleh tido smpi 4 orang dengan selesa smbil pakat tengok tv

ni bilik kedua yang ada dapur dan bathroom sendiri. katil queen dan sofa bed, easily muat 3 orang dgn selesa.

besar kan bilik pertama td? anak-anak suka betul main lompat2 kat tepi tu. nasib la sape dok kat umah bawah

pandangan dari bilik pertama. pintu bilik kedua belah kanan. pintu utama kat hujung nun sana

pandangan dari pintu utma.


once da masuk umah, buat apa yang patut..tour guide (aswad) terus bawak pegi myeongdong untuk dinner dan pra-shopping di myeongdong..jalan kaki dari rumah tak sampai 5 minit. mommy tak amik gamba kat dalam kedai sbb kedai tu ramai betul orang dan style masak plak adalah di kuali yang mmg ada kat atas meja. agak huru-hara sikit bagi mommy sbb anak-anak asyik nak sentuh kuali panas tu..but food wise, nasi seafood dan pancake telur tu sedap je. tak pedas atas request sendiri sbb nak share gan anak-anak. lepas makan terus gerak untuk amik feeling sampai korea..hehe


ramainya manusiaaaaaaaa
tak sempat nak pilih kosmetik face mask bagai malam pertama sbb kepenatan yaaa amat

and so, tamatla hari pertama tersebut..haha. padan muka sendiri, amik flight kul8 pagi, sampai da lewat petang, banyak masa abis atas flight je..tapi, mommy still puas hati. ayat penyedap hati..haha.alaa..ape ade hal, aparment belakang myeongdong je kot?

No comments:

Post a Comment