jemarimommy.blogspot.com

Tuesday 22 November 2016

A U T U M N S E O U L 2 0 1 6 - checklist

mommy in love with korean dramas, korean cultures, korean hallyu stars <--- straightforward confession! sampai daddy ckp, mommy's obsession towards korean dramas adalah di tahap tenat dan kronik..elehhh~~ jeles letteww!! hahaha

mengambil sumber inspirasi dan kegilaan yang membuak-buak untuk terserempak artis-artis di jalanan yang sedang shooting (as if la nak terserempak kan) , lantas mommy pon klik klik sana sini and BOOOMM tetiba mommy da beli tiket for 3adults 1kid 2infants ke SEOUL in AUTUMN !! 

Jangan lupa cepat-cepat grab tiket murah time AIRASIA buat promo tau. walaupun tolak tambah segala add-ons tersebut, total harga masih lebih murah berbanding yang lain..

Tiket da ada dalam tangan, next steps adalah :------



CHECKLIST

PASSPORT
passport adalah valid 6 bulan sebelum expiry date. jadi sila semak passport masing-masing sebelum bertolak. sila juga semak status blacklist. nanti xmolah da beratur bagai nak rak di depan kaunter, bila semak passport da expired. pastu nanges air mata darah dan lambaian sendu di pinggir cermin kaca sebab tak lepas. 

untuk semak blacklist, boleh try klik http://sspi2.imi.gov.my/default.aspx


PAKAIAN
since mommy pegi time autumn, maka pakaian pon kebanyakkannya adalah tebal with fleece (sebab tak bawak longjohn) dan jaket wool since temp pon xdela sesejuk winter. sila semak weather forecast sebelum bertolak agar dapat agak pakaian/barang apa yang perlu dibawa ke sana.


TEMPAT PENGINAPAN
mommy sewa apartment sepanjang seminggu di sana sebab kos untuk duduk hotel lebih mahal dan bilik lebih kecil. atas recommendation rakan-rakan, mommy try guna airbnb dan harga sewa adalah jauh lebih murah ( bergantung pada jenis apartment dan lokasi yang dipilih) Mommy pilih apartment jenis loft di persimpangan antara Nandaemon dan Myeongdong, 2 bilik tidur, 2 bilik air, dapur, washing machine dan basic toiletries. Cukup selesa untuk kami 6 orang.

boleh try link airbnb.com


MAKANAN/MINUMAN
SPOILER ALERT-- makanan dan minuman adalah sangat mahal di seoul. kalau nak lebih save, lebih baik bawak makanan dan masak sendiri di tempat penginapan. lagi-lagi mommy bawak daddy dan nenek yang merupakan lidah belacan yang sejati.. banyak betul mommy saving bab makanan. Antara menu wajib adalah kicap, sos cili, cili padi, maggi, curry instant pak abbas/berahim dan sewaktu dengannya. * declare makanan semasa dalam form imigresen nanti tau. to be safe, mommy declare segala bagai, biar lantaq pi dorang paham ke x*


 TOUR GUIDE
ini bukannya satu keperluan pon cuma mommy inginkan semuanya berjalan lancar dan disediakan tanpa perlu mommy buat 'paperwork'. there are a few to list down tour guide yang buat servis ni dan akhirnya mommy memilih iwant2go2korea ---> boleh cikedut di dalam instagram dorang and tanya harga untuk lebih afdal. mommy pilih private tour yang include tiket subway, pakaian hanbok percuma dan paling mommy suka ialah perkhidmatan amik gamba laksana paparazi. jadi xyah susah2 nak carry kamera, cuma belaja teknik posing agar nampak lebih kurus jewww..lolzz


STROLLER
nota tambahan untuk yang bawak anak kecil. seoul bukanlah negara yang stroller friendly sungguhpun mereka sangat sangat sukakan anak kecil. utk perjalanan kali ni, mommy bawak 3 stroller lipat payung untuk abang, kakak dan adik. awal-awal lagi tour guide da maklumkan yang trip ke seoul ini perlu banyak berjalan kaki untuk bergerak. senang kalau bawak stroller, agak2 anak nak tidur or penat, sumbat je dalam stroller..haha

dan kenapa lipat payung bukan stroller yang fancy mancy tu --> sebab senang nak mengangkut naik turun tangga kat subway nanti. bukan semua subway disediakan lif tau dan lif pon kecik2 belaka. jadi, pepandai bajet wokey?


yang tu je mommy dpt pikir sekarang...nanti kalau ada lagi, mommy buat nota tambahan je k?
utk part2 nanti, mommy akan share itinerary di sana. InsyaAllah adalah kids-friendly.till then.. kbai


No comments:

Post a Comment