Rata-rata tau adat melayu yang sangat menitikberatkan cara penjagaan ibu-ibu yang sedang berpantang. Baik dari segi pemakaian, penjagaan ibu-anak serta pemakanan yang diamalkan. Mommy sungguh bersyukur kerana mommy dijaga (dengan pengawasan yang super ketat) dari Nanny semasa berpantang si Abang dan Kembar.
Antara rutin biasa -- bangun sebelum subuh dan membersihkan diri menggunakan air rebusan untuk mewangikan diri, minum jamu yang telah dibancuh, meletakkan bawang putih di telinga, sapu pilis di dahi, pam susu sambil memanaskan tungku dan bertungku/bertangas buat seketika sementara menunggu untuk diurut oleh bidan yang telah dipanggil ke rumah lebih awal. Sepanjang dalam tempoh berpantang, rimas betul rasanya kena memakai stokin dan berbengkung sentiasa. Ini tidak termasuk putaran kipas level 1 sahaja dibenarkan kerana tidak ingin dimasuki angin. Azab rasanya bila kena berpantang selama 44 hari di kala cuaca panas membahang, dengan kita-kita sekali turut terasa tempias. Jadi siapa kata, berpantang itu senang?
Mommy betul-betul salute dengan mereka yang mampu berpantang selama 100 hari atau lebih kerana untuk berpantang 44 hari pon, mommy tidak sabar menghitung hari. Time berpantanglah kesemua makanan/minuman nampak sedap di tekak, bila cukup masa berpantang takde pula makanan/minuman tersebut yang dicari. Yeee, mommy sungguh-sungguh mengerti..
Atas alasan itu, mommy nak share satu perkara ini. Perkara yang bakal memudahkan ibu yang sedang berpantang sendiri ataupun dijaga oleh penjaga, iaitu ada servis penghantaran makanan untuk ibu berpantang terus ke rumah. Senang kan? Cuma whatsapp/sms untuk membuat order dan bayar sejurus selepas makanan tersebut diterima.
Mommy dimaklumkan bahawa menu lauk adalah berbeza setiap hari agar ibu-ibu berpantang tidak jemu. Tapi jangan khuatir, kesemua makanan tersebut adalah seimbang dan sesuai dengan diet pemakanan. Dan menu tersebut juga masih boleh dinegotiate untuk ditukar ke menu yang lain. Malah boleh turut menempel order makanan bajet yang turut disediakan bagi seisi rumah dengan harga serendah RM5 (minimum 5 bekas). Senang yang bertambah senang kan? Murah, sedap dan menyenangkan.
Mommy share sekali lauk berpantang untuk minggu pertama tahun baru 2018 ini.
menu lauk untuk seminggu |
ayam kampung masak halia |
sayur campur |
tempe kicap |
sup siakap |
daging black pepper halia |
pakej lengkap bersama nasi dan chia seeds |
Bagi setiap lauk berpantang termasuk kos penghantaran hanyalah RM25 sahaja!
Manakala lauk lunchbox hanyalah RM5 sehaja!
(penghantaran di sekitar Port Klang, Klang, dan Shah Alam sahaja)
Lunchbox By Ewin - 011-61187090 / 016-601 6887
Sebarang maklumat lanjut, bolehlah try contact empunya diri. Nak adjust lauk ke, nak adjust penghantaran ke waima nak adjust waktu pon boleh. Yang penting, call dan tanya dulu. Bolehlah lepas ini, masing-masing pasang niat untuk rajin-rajinkan diri untuk mengandung. hehe
Kemon people, place your order now!
Makanan berpantang ni akan dihantar berapa kali sehari? Kalo dpt 2 set iaitu lunch dan dinner pun ok
ReplyDeleteboleh whatapps awin delivery utk details..
Deleterasanya dia boleh buat delivery lunch dan dinner skali
Makanan berpantang ni akan dihantar berapa kali sehari? Kalo dpt 2 set iaitu lunch dan dinner pun ok
ReplyDeleteGambling Addiction - Dr. Dr. Johns Hopkins University Hospital
ReplyDeleteDr. 전라남도 출장안마 Johns 창원 출장마사지 Hopkins University Medical 구미 출장샵 School Hospital and 삼척 출장안마 Clinics. Dr. Johns Hopkins Medical School Hospital and Clinics. All 광명 출장샵 Areas of Academic Nursing.